MASAK SAMBAL SARDIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT 


SEPANJANG minggu ni, sekali aje dapat makan malam dengan PI, hari lainnya Sk keseorangan. Bila PI tak ada, dalam kepala mulalah merangka-rangka nak makan sesuatu yang dah lama tak makan. Dah lama tak makan tu, sebabnya PI tak makan la tu bendanya. Contohnya, sardin, hehehe. Tapi, kalau sardin dengan roti, PI makan pulak.


Bukanlah PI tak bagi Sk masak sardin masa dia ada, tapi.. Sk yang malas nak masak dua lauk utama. Sk pulak memang tak cerewet bab lauk-pauk ni, semua boleh masuk tolak batu dengan kayu jer, hahahaha. Masa PI tak ada ni, bolehlah makan cincai-cincai. Ada sekali tu, Sk buat jemput-jemput jer. Kalau PI ada, mana mahunya dia nak makan jemput-jemput semata untuk dinner. Dia kalau boleh nak makan lauk penuh meja. Memanglah lauk dia yang beli tapi kita ni ha yang penat masak, huhuhu.


Sk masak sardin cap King saiz medium. Ikan sardinnya kecik-kecik comel. Mula-mula goreng dulu kentang yang dipotong baji hingga garing, kemudian kurangkan minyak dalam kuali, tumis pes cili kering dan bawang kisar. Ni Sk guna pes cili yang pedas tu sebab nak makan sampai berhingus, hahahah.. barulah feel makan sambal sardin. 


Cili dah pecah minyak, baru tuangkan sardin dalam tin bersama sosnya sekali. Kacau seketika kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Tapi tu la, patutnya hiris bulat, tapi entah ke mana fikiran, boleh potong baji jugak macam kentang. Tapi, elok jugak kejadiannya.  Akhir sekali, masukkan kentang, kacau sikit kemudian tutup api supaya kentang masih garing lagi dalam sambal.


Buka peti sejuk nak ambil telur ayam nak buat telur dadar, ternampaklah pulak telur itik masin Angah bagi ada lagi sebijik, tak jadilah buat telur dadar. Ni makan sebelah aje laaa.. lagi sebelah

v

v

v

v

v

v

v

v

Buat bekal pergi office.


Nak tunjuk telur itik besar giler yang ni. Angah bagi 3 biji, yang satu ni tak pastilah kenapa besar betul telurnya.


Dah belah, kembarrrr kuningnya. Angah cakap yang besar-besar memang semua kembar kuningnya. Teringat masa kecik-kecik dulu, kalau jumpa pisang kembar orang kata jangan makan, nanti dapat anak kembar, padahal dapat anak kembar kan best kan, hihi.


Bekal Sk hari ni macam nak pergi berkelah ya. Ada pisang sebiji, roti,  salad, telur masin sebelah, sambal sardin dan nasi putih. Pagi-pagi sarapan pisang, roti tiga keping dengan sambal sardin.


Rasa lambat betul pukul 12 nak makan nasi pulak, hahaha. Bertahan jugaklah Sk sampai pukul 12 lebih baru buka bekal sebab selalunya kalau bawa bekal ni, pukul 11 dah tak sabar nak makan. Tu takpa, nanti pukul 2 melahu sampai ke BBU cari kudap-kudapan sebab dah lapar balik, heheheh. Waktu makan kami ni fleksibel tapi bukanlah bererti boleh keluar makan sepanjang masa dan boleh keluar makan berejam-rejam. Yang penting kerja hakiki siap begitu juga kerja yang diarahkan dari semasa ke semasa.. gituhhh!

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sardin ni antara makanan zaman bujang. masa tu masih murah lagi.. hehe. saya suka sardin masak kari..

    ReplyDelete
  2. Cie kalau masak sardin kena ada telur dadar. Memang ngam sangat. Sama la jarang masak sardin sebabnya kat rumah Cie ni Cie dan anak sulung je makan sardin.

    ReplyDelete
  3. lama juga tk mkn menu sardin...wah telur tu berkembar

    ReplyDelete
  4. PH pun kalau en suami outstation mmg masak simple & ikut tekak sendiri. My husband pun x suka makan lauk sardin tapi roti sardin, sandwich sardin semua dia suka. Jgn buat lauk je hihi...

    ReplyDelete
  5. Macam tersusun, gitew. Sarapan nak makan apa, tengahari nak makan apa.
    Saya kalau masak sambal sardin, suka buat roti bakor. Hehe... suka.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!