MENGINAP SATU MALAM DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES SHAH ALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


SELATAN tak selatan sangat, la. Balik dari Kuala Ketil masa cuti Hari Deepavali tu, kami singgah bermalam di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam. Iman pulak kata nak pergi Central i-city Mall. Sejak awal Sk dah ingatkan PI, tak nak menginap di Concorde Hotel, jemu, huhu. Tapi, sebenarnya adalah sebab lain tak mo cakap kat sini, hahahaha.


Nampak secebis muka PI kat situ, hihi. Ini kali pertama kami menginap di sini. Pernahlah sebelum ni nak ke sini tapi sebab Concorde Hotel lagi murah, tak pernah la jadinya menginap di sini. 


Kami buat tempahan melalui panggilan telefon untuk dapatkan government rate RM310 semalam termasuk sarapan pagi untuk dua orang. Masa check in tu, terkejut jugak sebab baru tahu rupanya ia adalah hotel bertaraf ⭐⭐⭐⭐⭐.


Dapat bilik aras 11. Semasa check in kami diingatkan waktu check out jam 12 tengahari, sekiranya lewat akan dikenakan penalti RM30. PI kata, tak mo lagi dah duduk kat sini, berkira betul, hahaha.


Mardhiyyah Hotel ni dulunya adalah Grand Blue Wave. Biliknya besar memanjang dan amat selesa. Pendingin hawanya sejuk macam kat kutub utara, huhuhu. Hurmm.. cakap macam gini, nanti ada pulak yang tanya, pernah pergi kutub utara ke???


Ambil satu lagi bilik (connecting) untuk Iman. Alang-alang ambil dua bilik, Sk ajak Cikwa datang menginap sekali.


Lengkap dengan sejadah, peti keselamatan, seterika dan papan penggosok.


Ni kat bilik Iman.


Kelengkapan mengeteh dan mengopi.


Tiada pemisah untuk ruang mandi, sinki dan tandas. Kedua-dua bilik ada bathtub, tiada ruang pancuran berasingan. Tekanan air sederhana laju.



Keesokan pagi, kami bersarapan di Royale Songket Restaurant. Nampaknya tak ramai tetamu bersarapan, masih banyak meja kosong, tak perlu beratur atau menunggu meja pun padahal tidaklah awal sangat pun masa kami turun tu.



Benda pertama yang Sk nampak, dia punya pinggan mangkuk laaaa. Sangat cantik dan bergaya. Nampaknya kebanyakan hotel yang Sk pergi tahun 2025 ni sudah meninggalkan pinggan putih standard. Gelas dia pun seksi ya, lupa nak ambil gambar gelas dari depan.


Harga buffet breakfast Ialah RM75 (dewasa) dan bagi tetamu RM50. Patutlah biliknya pun dah tiga ratuih. Pinggan pertama Sk tentulah western, side dish dia banyak ya. Quiche pun ada. Memang another level la.


Pinggan PI, faham-faham aje laaaaa. Lepas tu PI makan roti canai. Pergi mana-mana pun itu jer la dia makan. Lepas tu makan buah.


PI sibuk sepanjang minggu lepas sebab ada hoki. Ni esok ada bola pulak. Lepas tu, sekarang pulak ada isu pasal pemain warisan, kan. Memang banyak la kerjanya. 


Iman pulak ada kelas online. Kita tumpang dengar la pensyarah dia mengajar, kira ikut kuliah sekali laaa, hahaha. 


Ada makanan Jepun dan Korea jugak. 


Salad dia terus dari ladang ya, kena harvest sendiri, hehehe.


Ada Yee Mee Cantonese. Popiah sayur dia sedap jugak. Eh, semua makanan sedap-sedap laaa.


Pastries wajib la dengan secawan Americano. Pastries dia pun sedap, lembutttt. Kopi dia pun strong. Ni kira penutup la, perut rasa nak meletup. Tu pun banyak yang tak makan sebab terlalu banyak makanannya. Memang berbaloi la buffet breakfast dia ya. Lagi berbaloi kalau yang boleh makan banyak-banyak, duduk makan dari pukul 7 pagi sampai 10.30 pagi, hihi.


Sebelum balik Johor, kita selfie satu kali. Lama dah tak staycation dengan mereka-mereka ni, kan. Selalu Sk dan PI berdua aje, Iman tak ikut, jadi tak bolehlah nak ajak Cikwa join, hahahaha. Semoga ada kesempatan lagi di lain ketika, InsyaAllah.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tak mau cakap tu mesti sebab benda benda seram kan? hotel lama dan kita pun ada pengalaman hahahaa.. ke sebab lain?

    ReplyDelete
  2. mcm2 menu sarapan yg ada. kena makan kenyang2 ni sbb byr beratus kan?

    ReplyDelete
  3. Alaaa..nak tau apa yang x mau cakap tu...ada entiti kah? hehehehe..apapun pinggan SK tu meriah betul..seronok tengok...

    ReplyDelete
  4. lama dah tak makan-makan kat MArdhiyah ni, menu2 depa sedap pada selera kak ana .

    ReplyDelete
  5. Cantik dan luas bilik dekat hotel Mardhiah ni.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!