SARAPAN MIHUN SOTO DI GERAI SOTO PERDANA MADU 4

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT


DAH hari sabtu pun hari ni ek. Tu takpa, sekejap jer dah petang. Cuba kalau hari kerja tu, nak tunggu pukul 10 pagi pun jenuh, hihihi.


Pagi ni kami bersarapan di Soto Perdana Madu 4 di Skudai Kiri. Awal jugak sampai tapi nasi impit dah habis. Jadi, Sk makan mihun soto. 


Beli sukun goreng, lama tak makan. Bawah sos tu Popiah dan sebelahnya tu, magelek. Magelek PI dah makan sekeping. Ni beli dari gerai sebelah.


Mihun soto 2 mangkuk, RM14. Sini jer la yang PI paling suka sotonya. Sk suka jugak cuma berebut meja tu la yang malas.


Meja dekat sini, kongsi dengan pelanggan lain. Tak tahulah kenapa hari ni tak ramai orang macam selalu. Terus dapat meja tu satu, kiri kanan depan belakang tak penuh pelanggan macam selalu. Dapatlah makan dengan selesa dan tenang. 

Syukur.. Alhamdulillah.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sukun goreng tu....sedapnya lahai! Saya suka tapi macam tak jumpa pulak orang jual sukun goreng atau buah sukun.

    ReplyDelete
  2. Cepat masa berlalu. Ni pun dah masuk petang Sabtu.

    ReplyDelete
  3. First time dgr mengalek... Jap nak google tgk apakah ia.. hihii

    ReplyDelete
  4. Santai jew kalau tak banyak pelanggan makan. Magelek tu macam pernah baca di blog SK tapi tak ingat macamana rupanya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!