SIAKAP SWEET SOUR BY ILHAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


REHAT panjang hari ini nampaknya Sk tak ke mana-mana. Ada dua kumpulan pelajar akan keluar asrama hari ini. Satu kumpulan baru menjalani peperiksaan akhir sekaligus menamatkan pengajian di kolej. Satu kumpulan lagi akan menjalani latihan industri (intern) dua minggu lagi. Makanan tengahari pun dah beli siap-siap, nanti la tunggu betul-betul lapar baru makan. Tadi pagi, Sk bawa sarapan mihun goreng yang berbaki hari tu dengan telur rebus. Ni tadi, Sk beli nasi lauk ikan cencaru sumbat dan sambal goreng.


Tapi yang ni, nak cerita pasal makan malam, malam tadi di rumah Angah. Ilham ajak makan, dia masakkan Ikan Siakap Sweet Sour. Di sampling tu, Ilham nak bagi buah-buahan yang dia beli masa jalan-jalan di Cameron Highlands masa cuti Hari Deepavali tu.


Sampai tiga ekor ikan siakap Ilham beli.


Ikan siakap yang kedua. Yang ketiga takde gambar personal. Sos sweet sour letak nenas banyak-banyak, I lioke!


Ada tomyam dan sayur kailan ikan masin. Tapi yang dua lauk ni beli, hihihi.


Ada telur dadar, baru cukup korum. Cuma kami jer la yang tak cukup korum, hehehe.


Balik dari rumah Angah, singgah pulak Dataran Niaga kat taman perumahan Sk, saja la nak mengeteh tapi tak nampak pulak orang jual air panas berhampiran. Kami beli air tebu dari gerai ni, RM3 sebotol kecil. Dia bagi sekali ais dalam cawan, kami kongsi jer la minum .


Tipulah kalau minum aje, siap pesan Roti Canai dua keping, PI makan roti telur sekeping.


Gebu-gebas roti canai Haji ni. Dahlah besar, tebal, sekeping RM1 aje, murah betul. Cicah dengan kuah kari.


Sk dah cakap dengan PI, tak payahlah pesan Mi Kolok ni, ehhhh.. nak jugak, sudahnya, tak dimakan pun. Sk minta kakak tu bungkus dengan mangkuknya sekali, takyah masuk bekas tapau. Cuma supnya ajelah minta pindahkan dalam plastik. Sabar aje la akak tu, hihi.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ikan siakap sweet sour sedap ni kalau ratah begitu saje

    ReplyDelete
  2. Baca tajuk, dok terfikir Iman. Eh..Ilham. Nama dekat sama je 😀
    Roti canai tu nampak rapuh dan gebu, suka roti canai gini. Murah pulak tu.

    ReplyDelete
  3. tudiaaa...sampai 3 ekor siakap sweet sournya ye SK...anak buah SA pun nama Ilham..

    ReplyDelete
  4. wah ..siakap bestnya.. nanti nak masak siakaplah..nak bagi zaujah rasa..

    ReplyDelete
  5. Ha ah, nampak sedap roti canainya. Alamak, air tebu ke. Kalau ada air panas lagi syok.

    ReplyDelete
  6. Ikan siakap kalau nasi dah habis buat ratah2 pun sedap.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!