Assalamualaikum WBT
AKHIR bulan lepas (Oktober 2025), dua orang lagi rakan sekerja berhijrah dan meninggalkan kolej. Justeru itu, kolej menganjurkan majlis Jasamu Dikenang. Macam biasalah, ada potluck dan sambutan hari lahir kita buat sekali arung. Sk tak ada mood sangat nak ambil gambar makanan-makanan yang dibawa tapi Sk cuba senaraikan apa yang ada yang Sk ingat. Silalah bayang-bayangkan rupa makanan yang terhidang tu ya, hahaha.
Nasi Tomato, Ayam Masak MERAH
Nasi Putih, Asam Pedas Ikan Sembilang, Ayam Goreng Singgit, Ulam & Sambal Belacan
Nasi Lemak Bungkus
Mihun Goreng
Murtabak Daging
Karipap
Roti Jala
Kuih-muih
Kek Batik
Kek Secret Recipe
Disebabkan jamuan makan pun bermula tengahari, memang sesuai sangatlah kita makan nasi.
Mihun goreng, murtabak, kuih gandos dan sambal tumis dan sepotong kek SR perisa blueberry cheese.
Ni yang ditapau la.. mana muatnya perut makan semua serentak.
Roti Jala dan Jambu Batu.
Yang berhijrah, Faiz (duduk tiga dari kanan dan Shida (duduk lima dari kanan).
Kenang-kenangan dari Shida sekuntum bunga ros sabun dan sepasang kerongsang.
Seribu langkah bermula di sini
Langkah diatur mencari rezeki
Terima kasih di atas Budi
Kenangan indah kekal di hati.
Faiz bagi bunga ros jugak, tapi bunga ros kek gula hangus. Yang ni boleh makan laaa, hehehe. Selain kek gula hangus, ada jugak sabun tapi tu nanti Sk tepek gambarnya kemudian la ya. Beg goodies Faiz pun lupa nak snap pic sebab teruja tengok kek bentuk bunga ros ni, hihi.
Selamat Maju Jaya buat Shida dan Faiz. Semoga penghijrahan ini lebih baik buat mereka berdua.
Ini pulak dari Aida yang meninggalkan kolej pada akhir bulan Julai lepas. Aaa.. sepatutnya Aida berhenti lambat lagi tapi masa tu Aida terbersalin awal, hahaha. Tu tak sempat jumpa sebab Aida pulak berpantang di kampungnya di Terengganu. Tu la tu minggu lepas Aida datang. Sedih baca perkataan Good Bye tu tau.
Dalam kotak tu ada beg elastik (stretching). Random la ya dapat corak apa, ni Sk punya. Kata Kak Imah, macam aiskrim, hehehe.
Madi dapat corak ni, cantik jugak.
Ni Naza, rasa nak zzz bila tengok lama-lama, hahaha.
Ni Hajah dapat. Alamak, terpantul pulak la muka dia dalam cermin, hahahaha.
selamat berhijrah utk rakan sekerja...bunga sabun tu femes skarang..beg SK dpt tu ada opismates bg juga tp cobination 2 color kita punya (pink and turqoise)
ReplyDeleteKuih gandos tu tak kenal la SK...
ReplyDeleteBagusnya diorg, masing² bagi hadiah kpd yg ditinggalkan. Bolehlah simpan buat kenangan kan
Kek gula hangus tu, sayang nak makan sebab lawa bentuk ros. Semoga yang berhijrah berjaya di tempat baru.
ReplyDeleteBagus kalau setiap bulan ada yang berhijrah. Ada makan2.
ReplyDeletelawa la pulak kek bunga ros gula hangus tu.. tak sampai hati nak makan..
ReplyDeleteKenapa ayam masak MERAH tu merah huruf besar?
ReplyDelete