JALAN² DI CENTRAL i-CITY MALL & MAKAN DI LITTLE NYONYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT


TERLUPA pulak nak blog pasal Jalan-Jalan di Central i-City Mall semasa 

 MENGINAP SATU MALAM DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES SHAH ALAM


Tujuan ke Central i-City Mall tu, Iman nak beli botol air baharu di butik Famsy! ni. Dia ni gila betul membeli botol air ya. Padahal dah ada banyak botol termasuklah jenama Montigo dan masa ke Padang Besar, PI dah belikan jugak botol air Kartun Stitch yang viral kat Thailand tu. Teringat dulu-dulu gigih berebut beli boto air Star***** sebelum zaman boikot.


Botol air sekarang tidak terhad kepada satu warna saja, kan. Tutup dan tapak tu, boleh pilih mana-mana warna yang kita suka. Tapi hari tu ada beberapa warna dan saiz yang kehabisan stok.


Botol air pun  dah ada keychain.

 Boleh pilih huruf-huruf ikut nama kita kemudian gantung kat botol. Tak tahulah kalau Sk masih remaja mungkin terpengaruh jugak ni. Biasanya mereka ni kan bawa botol air ke kelas. Air sejuk yang disimpan dalam botol ni tahan sehingga lebih 24 jam.


Selalu dulu Sk fikir, cawan untuk baby tu tak boleh ke buat versi dewasa, nampaknya sekarang dah ada la ya.


Dekat botol tadi boleh tampal sticker.



Cikwa pun nakkkk. 


Sejak awal Sk dan PI dah cakap, bayar sendiri kalau nak sangat. Bukan apa, banyak dah botol. Tapi, dia kata, brand famsy! ni belum ada lagi. Hurmmm.


Kami taklah berjalan sangat dalam mall ni. Lepas capai tujuan Iman, kami terus cari tempat makan dan pilihan kami, Restoran Little Nyonya yang terletak di aras bawah sekali.


Restoran ni macam kopitiam la gitu.


Pilihan snacks.


Nyonya Cendol (RM7.9) untuk PI.


Kapitan Curry Noodles (RM17.90) untuk PI.


Golden Pockets (RM8.90/6's)


Ginger Onion Beef with White Rice (RM18.90) untuk Cikwa.


Seafood Nyonya Rice (RM18.90) untuk Iman.


Hainanese Chicken Chop (RM21.90) untuk Tuan Tanah Kedaung.


Semua makanan sedap dan tidak mengecewakan.


Lepas makan terus balik hotel. Nak lepak Q Bistro pun macam dah kenyang sangat. Nak cari bantal aj, hahaha. Ni pun nasib baik pergi naik kereta Cikwa, hehehe.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Baru tau ada kedai jual botol air cara gini 😄
    Ketinggalan zaman sungguh saya ni.

    Ehh..chicken chop pun ada Hainan style. Menarik untuk dicuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la ngan Si Dania tu ha...asyik nak beli botol..SA suruh dia kumpul duit sendiri..kalau x cukupSA tambah nanti

      Delete
  2. Haha ! Pandai dia ye, brand tu tak ada lagi, jadi kenalah belikan juga.. comel-comel pun tumbler sekarang ni , macam-macam best buat koleksi :)

    ReplyDelete
  3. Aduh sekali muka cikwa yang keluar hihi.. kitanya dok tunggu nak tengok kegembiraan di wajah Iman dapat botol idaman haha...
    Warna botol ni cantik² la. Jangan la anak² dara kami nampak 🫣😅

    ReplyDelete
  4. sedapnya kapitan curry nodles tu.. kalerrnya pun nampak menyerlah.. mee kari memang feveret saya la selain sup.. nak-nak yang full eksesori..

    ReplyDelete
  5. oh ada butik Famsy ..biasa tgk sblum ni online je..cute miut golden pocket tu..terliur skali ngan cendol

    ReplyDelete
  6. Macam Cie pengumpul tumblr. Entah berapa biji, berapa brand dah.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!