MAKAN DI RESTORAN DE SELERA PANTAI TIMUR

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

Assalamualaikum WBT 


MINGGU lepas, PI sibuk betul beritahu ada kedai makan berlauk malam baru dibuka di taman perumahan kami. Dia tahu aje ek, Sk ni memang tak ambil tahu, la. Nama aje blogger blog makan-makan, hahaha. Kalau lalu kat TT ke, thread ke, fb ke, baru la tahu ada tempat makan viral, kalau tak fyp tak cari.


Inilah dia tempat makan yang dimaksudkan PI, Restoran De Selera Pantai Timur yang terletak di Taman Pulai Mutiara 2. Walaupun nama taman lain dengan nama taman rumah Sk, tapi kedai ni seberang jalan aje. Tapi kami naik kereta la. Walaupun seberang jalan, jalannya bukan kecik. Lagi pulak kena lalu dekat 10 buah rumah jugak. Gambar ni diambil petang, masa Sk balik kerja sebab PI suruh carikan. Takut beno dia sesat, macam la kat Melaka kedainya.


Malam tu kami datang. Kedai baharu tapi pelanggan yang datang malam tu ramai jugak. Semasa buat carian kedudukan kedai ni, Sk dapat info ada beberapa cawangan lain dalam JB.


Depan kedai ada khemah kecil. Untuk makan malam ada pilihan nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang dan laksam.  Boleh pilih lauk dalam kuali-kuali ni, nanti mereka cedukkan. Yang ni gulai cekerrrr.


Ayam Masak Lemak.


Gulai Ayam.


Daging Berlengas kot ni.


Ayam Bakar dan Daging Bakar. Dengarnya kalau datang siang, ada lemak bakar. Nyum nyum.


Boleh beratur ambil nasi kat sini. Tapi tu la, nasi tu diletak dalam bungkusan kertas lilin (tanpa pinggan). Bila dia hulur pada PI, Sk risau terburai aje. Nasib baik adik tu kata, takpe, dia tolong bukakan atas meja. Sk punya pun dia tolong bukakan jugak.


Sk makan nasi kerabu daging bakar. Daging tu dihiris nipis, tak la tergeliat gusi remaja purba ni nak mengunyah, hahaha. Nasi lembut dan lembab, warna biru dari bunga telang bukan pewarna. Budu dari botol dia curah terus dalam nasi. Lengkap dengan solok lada dan telur masin sebelah. Keropok pun banyak dia bagi.


PI makan nasi putih, gulai ceker dan ayam bakar. PI tu komplen makan tak ada pinggan, hahaha. Hantar dua gambar ni kat Iman, dia terus minta hantarkan ke kolej. Sk ni malas tapi PI rajin nak hantar padahal Sk yang bawa kereta masa tu. 


M - makanan RM21
A - air RM4 (Limau Ais x2)

Staf yang kira harga makanan beritahu, nasi kerabu RM12, maknanya nasi berlauk PI RM9. Masa ni belum tapau yang Iman punya. Bila campurkan sekali, total RM55 ( Nasi kerabu x2 dan teh ais x2).



Lepas makan, terus ke UTM, hantar nasi kerabu Iman. Nampak bulan besar betul malam tu. Sk yang malas nak ke sana sebab ni la, entah berapa kali asyik berhenti dekat traffic lights.


Bertabahlah demi anak tersayang. Beli sekali untuk kawan dia, takkanlah kawan tu tengok aje kan.


Balik singgah pulak Petronas Kangkar Pulai beli Sandwich Aiskrim. Ni Sk pilih perisa kunafa. Besar gini, RM13 ko! Beli jugaklah sebab teringin nak rasa benda viral, huhu.


PI pulak tapau burger legend. Legend tu sebab dia bungkus burger guna kertas ni padat-padat.


Memang legend la. Sos pun tak la yang kuban-kuban diletak dalam burger ni.


Dah malammmm tu, baru teringat nak makan sandwich aiskrim ni. Bila buka rupa dia macam ni. Sk ingat sama macam Hokkaido Ice Cream Puff yang kami makan kat Ipoh dulu. 


Tu takpa, Sk pun silap jugak sebab letak dalam chiller. Patutnya letak kat freezer. Bila Sk potong dua, ia terus pecah, aiskrim kat dalam tu dah cair daaa. Terpaksalah makan guna sudu, adeh!!

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alamak…kenapa kedai tu hidang tanpa pinggan? Kalau saya pun risau tumpah masa pegang.

    Patutlah PI rajin nak hantar kat Iman, sebabnya SK yang drive. Bijak! 😂

    ReplyDelete
  2. biasa walaupun ltk kertas ..alas ngan pinggan ok lg ...meriah lauk2 tu...cair aiskrim tu ye sbb dlm chiller

    ReplyDelete
  3. Alahai nasi dalam kertas, takut terburai jatuh. Sandwich ais krim walaupun peach tetap nampak sedap.

    ReplyDelete
  4. Best juga makan situ.. macam-macam ada :)

    ReplyDelete
  5. alahai xde pinggan plak...apapun nampak sedap nasi kerabu tu...lapar SA tengok

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!