MAKAN DI RESTORAN TOP ONE IKAN BAKAR PUTERI HABOUR

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT


BERITA baik bagi penggemar Ikan Bakar di Top One BBQ Seafood Ikan Bakar, Medan Selera Tebrau, Top One BBQ Seafood Ikan Bakar dah buka cawangan baharu di Marina Walk Puteri Habour, Iskandar Puteri. Isnin lepas, PI ajak ke sana. Patutlah sejak awal dia cakap, malam ni kita makan kat luar, padahal biasa hari isnin PI suka pergi pasar malam, kan. Tempat baharu ni lebih moden, luas dan selesa. Boleh pilih duduk makan di ruangan berhawa dingin atau di ruangan terbuka. Restoran ni bersebelahan dengan Restoran Carabao.




Dari minggu-minggu sebelumnya lagi PI dah sibuk cerita Tip Top (kami memang panggil Tip Top) dah buka kedai kat Iskandar Puteri cuma hari isnin tu la baru teringat kot nak pergi. Dah have-have la.. dulu meniaga tepi medan selera aje kan. Seingat Sk sejak dari tempat lama dulu pun kedudukan gerainya di hujung-hujung dan pelanggan makan duduk di kaki lima.




Baru jugaklah Sk tahu, Top One BBQ Seafood Ikan Bakar ni telah memulakan perniagaan sejak Sk darjah 2, umur 8 tahun. Tapi, Sk kali pertama datang ke Medan Selera ni masa tu umur 21 atau 22 tahun kot dengan kawan-kawan. Masa tu perniagaan mereka dijalankan di hadapan Pantai Lido, depan Kompleks Islam Johor, tak silap tahun 1996 - 1997.



 Lepas dia dah pindah Dataran Bandaraya tu, Sk dah berkeluarga. Pun tetaplah akan ke sini jika nak makan ikan bakar. PI masa tu memang tekak dia boleh terima ikan bakar kat sini aje, kalau tak memang ke Melaka ler nak makan ikan bakar.


Belek-belek menu, tengok harga dia kayangan jugak tapi sesuailah dengan tempat dan suasananya.


Pelbagai pilihan masakan udang dan sotong.



Sk minta Baby Crab masak telur masin, baby crab habis dia kata. PI minta Siput Sedut Sambal Sos Tiram, pun siput sedut habis jugak. Nasib baik minta Lala, ada.



Mak ketam adalah tapi.. tapi kitorang memang kurang sikit nak makan-makan ketam kat kedai ni.



Lepas buat pesanan tu, nanti boleh pilih saiz ikan yang kita nak tu kat kaunter Seafood Corner ni.




Memang cantik lawa la restoran dia. Top One BBQ Seafood Ikan Bakar ni kini diuruskan oleh anak Uncle Keong, Edmund nama dia. 



PI pesan Ais Jagung. PI kata, banyak betul dia letak jagung, kalau kat sana (Medan Selera Tebrau) sikit aje. Padanlah tu, harganya pun RM8.90. kat MST, RM7.


PI sedang menikmati Ais Jagung. Selalu Iman yang suka minum Ais Jagung ni.



Sk macam biasalah, ambil Ice Jelly. Selambak eh dia letak jeli tu. Kelapa laut pun banyak betul ditaruknya.




Lala Goreng Bercili. Dah tak tentu arah ambil gambar. Kena snap cepat-cepat sebab PI ni tak boleh tunggu dah, lapar sangat dah katanya. Sk hari isnin tu puasa, berbuka dengan kurma dan kek lapis aje, maka memang laparlah juga, hehehe.




Sayur Kailan. Ni jika di MST, sayur dan nasi serta minuman, kena pesan kat gerai lain. Dekat sini, boleh pesan semua terus, tak yah dah asing-asing.




Sotong Bakar. Jika di Johor ni, masakan bakarnya memang bersambal macam ni. Satu lagi keistimewaan, mereka letak cencalok dan bawang-bawang tu buat sambal rasa manis semulajadi.




Ikan Pari Bakar ni memang wajib. Tak nak siakap, hehehe.




Makan berdua dan memang kami berdua aje pelanggan masa tu, restoran sebesar tidak. Sk rasa ramai yang tak tahu lagi ada cawangan baharu Top One dekat Puteri Habour ni. Marina Walk pun sunyi jer sebab isnin kan, takde event atau food fest.




Makanan sedap dan boleh makan dengan selesa. Tapi tu la, lain la feel dia, tak sama macam makan kat kaki lima Tepian Tebrau tu, hahahah. Ni makan sotong tak habis, kami tapau. Yang lain semua licin.




Total dalam RM136 macam tu, nanti Sk minta resit dari PI ya, tepek sini. Sebenarnya terkejut sebab tak sangka macam murah kami makan padahal ambil sampai tiga jenis seafood (ikan, sotong dan lala). Kalau kat MST last makan hari tu, ikan dengan sotong jer dah RM82. Dahlah kat sana makan semua guna pinggan dan sudu pakai buang. Tu yang rasa macam murah pulak la makan padahal restorannya dahsyat jugak ya, kat Marina lagi tu, tempat tourist, hihi.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SA dah 2 kali makan kat medan selera tepian tebrau tu..tak ingat plak kedai mana satu..rasanya tengah2 kot..memang makan kat situ pricey kan...

    ReplyDelete
  2. Menu bakar dia, ada daun pisang di bawah. Mesti wangi. Selalu kalau tukar ke tempat ada aircond dan cantik, makanan jadi lebih mahal. Nampak sedap, semuanya dalam gambar.

    ReplyDelete
  3. Dah upgrade kayangan sikit ye businessnya. Alhamdulillah ramai pelanggan business pun maju.Jangan nanti dah besar, kualiti kelaut pulak kan.

    Cantiknya buku menu dia. Gambar buat kita terliur. Siap ada description lagi tu. Terbaiklah! Suka macam ni. Taklah kita tertanya-tanya.

    Saya pun kurang gemar makan ketam kat kedai walaupun nampak macam sedap. Kalau kat rumah makan pun dah lama, inikan kat kedai makan. Sampai tutup kedai baru habis makan agaknya. hihi...

    Terliur tengok menu-menu yang dipesan tu. Kira okay sangatlah tu kan makanan dan harganya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!