PETUA MENGURANGKAN BATUK DARI BUAH PEAR CINA

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 



HARI tu kat thread, ada threadian yang kongsi petua mengurangkan batuk dengan buah pear. PI tu batuk selalu. Batuk tu bukan punca penyakit ke apa tau tapi sebab pengambilan ubat darah tinggi yang meningkatkan paras bradykinin dalam badan. Bradykinin boleh merangsang reseptor saraf dalam saluran pernafasan, menyebabkan batuk. Memang tak boleh buat apa sangat, la. Kadang kemamlah lozenges tapi kalau malam-malam tidur kan tekak kering atau masuk kereta kena aircond, tu jadi batuk semula. Jadi, kita buatlah untuk dia ikut petua yang dikongsikan Sis Anyssa ni.


Ni gambar yang Sk screen shot dari video yang dikongsikan. Ikut resipi dia tulis situ buah pear tapi tengok video buah lai. Ramai jugak yang tinggalkan komen itu buah lai. Masa Sk nak beli, label tulis buah pear cina, jadi kira acilah tu kan.

Terima kasih, sis Anyssa yang kongsikan petua ni ya.


Mula-mula didihkan air setengah periuk kecil. Masukkan satu kulit kayu manis dan tiga kuntum bunga cengkih.


Buah lai potong-potong.


Masukkan dalam periuk.


Sk gantikan gula Melaka dengan gula batu sebab malas nak potong gula Melaka, hehe.


Renihkan selama 10 minit, makan suam-suam. Sk pun tumpang sekaki. Baik tak batuk? Nampak kuranglah sikit batuknya. Nak baik terus rasa macam susah jugak sebab memang Sk rasa punca dari ubat darah tinggi. Ini info yang Sk baca sebelum ni lepas tu barulah tahu kenapa asyik batuk aje. Batuk tu dia sekali-sekala datang tu, bukan seharian batuk. Jadi, jika ada pembaca yang mengalami batuk tu, bolehlah cuba petua ni ya. Semoga cepat sembuh, InsyaAllah.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kebetulan tengah batuk ni. Tapi dah pergi klinik. Nampak juga ada orang share petua ni. Buah pear direbus sebiji terus. Ada juga yang share longquat candy tu. Ni dah makan ubat pun masih tak lega juga. Risau betul. Kita berjangkit dari husband. Dia dah okay, kita pulak mendapat. huhu...
    Kalau kurang sikit batuk tu legalah sikit kan.

    ReplyDelete
  2. Bagus la ada post ni. Pernah batuk seminggu gak la. Gatal betul tekak masa tu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!