PISANG KEJU & ROTI SARDIN @ RESTORAN 7 BERADIK

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


DUA hari berturut-turut Sk bawa bekal nasi untuk makan tengahari. Semalam bawa nasi putih, ayam goreng seketul dan nugget seketul, ingat nak pergi kantin beli kuah dan sayur, tapi akhirnya makan gitu-gitu aje sebab malas nak ke kantin. Niari pulak, beli ayam goreng sahaja di kantin masa beli soto pagi tadi sebab rasa sedap pulak makan nasi kosong jer dengan ayam goreng semata, tapi lain pulak ceritanya. Nasi belum dimakan tapi keluar menghala ke Gelang Patah, semata nak beli Pisang Keju dan Roti Sardin di gerai goreng pisang yang meniaga di kaki lima Restoran 7 Beradik.




Pelbagai goreng-gorengan baru diangkat panas-panas menanti pelanggan. Sebelum ni Sk tahu gerai goreng pisang ini viral di thread. Kemudian dengar pulak cerita Cik Ani tentang kesedapan roti sardin di sini. Nak pergi rasa jauh lagipun bila dengar kena beratur tu rasa malas la pulak. Jadi, hari ni sebelum orang keluar lunch, Sk dah sampai, hihi.



Salah satu sebab yang membawa Sk ke sini ialah nak beli Pisang Keju. Sebekas Pisang Keju (10's), RM10. 


Berjurai-jurai keju diparut atas Pisang goreng sebelum dicurahkan susu pekat dan sos caramel. 




Selesai membayar, toleh belakang, eh, dah ada yang beratur. Nasib Sk cepat.




Roti sandwich potong empat bentuk segitiga. Intinya sambal sardin bukan sardin dan bawang semata. Rangup di luar dan gebus rotinya.




Setiap kali berhenti di traffic lights, ngap satu roti. Tiga kali berhenti, tiga ketul roti wassalam.



Pedas-pedas inti sardin tu, sedap.




Pisang keju dia.. wallawehhhh. Ni makan dekat office la, berterabur karang kalau makan dalam kereta, hihi.




Makan pisang keju jer la tengahari ni. Nasi dah bawa tu apa jadi, petang-petang la kot nanti makan, silap-silap masuk esbox, heheheh.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Pelanggan bertuah la ni SK, tak payah beratur pun 😀
    Mujurlah banyak kali trafik light merah ya, boleh ngap roti sardin berkali-kali. Tu kalau lambat makan tentu rasanya tak sesedap yang baru dimasak.

    ReplyDelete
  2. Begitu je berubah arah terus membeli pisang keju ek. hihi...
    Makan gorengan panas-panas tu yang best tu. Untuk harga tu macam okay je. Cheese dia punyalah banyak. Tak sesialah keluar membeli. So apa jadi dengan nasi tu? Masuk esbok, confirm! Kan? hihi...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!