Assalamualaikum WBT
SELEPAS cuti tiga hari, minggu ini cuma kerja tiga hari kemudian akan bercuti semula lagi tiga hari. Seronok sangat la tapi jauh di sudut hati amatlah berasa bimbang dengan kejadian gempa bumi yang melanda daerah Segamat baru-baru ini. Apa tidaknya, selama ini kita tahu negara kita selamat dari kejadian tersebut, tetapi rupa-rupanya tidak. Apabila Allah berkehendak, maka ianya akan terjadi. Semoga negara kita terselamat dari musibah yang lebih besar dan semuanya baik-baik sahaja.
Hari sabtu, Sk tak masak. PI ajak keluar makan, lama tak makan ikan bakar Tip Top dia kata. Kalau datang sini, wajib la pesan Sotong Bakar juga. Di Johor ni, masakan bakarnya bersambal ya. Pes-pes bakar sambal dekat kedai ni jugak tak sama, untuk sotong lain, untuk ikan lain. Untuk bakar sambal ni, boleh pilih juga jika nak masukkan petai. Kalau tak letak petai, dia letak kacang botol. Selain bakar ada juga masakan goreng tepung.
Sekian lama kami menjadi pelanggan di kedai ni, dari zaman mereka meniaga di hadapan Kompleks Islam Johor lagi. Dari Sk belum kenal PI la, kiranya memang paling terkenal di JB ni. Hari tu baru Sk tahu nama gerai ni Top One BBQ Seafood Ikan Bakar. Selama ni panggil Tip Top aje, tu yang selalu keliru dengan lagi satu Tip Top iaitu
Tip Top Ikan Bakar.
Satu lagi, kalau ke sini rugi tak minum Ais Jelly ke, Ais Jagung atau Ais Kacang (ABC). Sk minta Ais Jelly, PI pun sama. Tak boleh la nak tukar-tukar, hahaha. Dalam ais Jelly ada kelapa laut, durian belanda dan mango. Dappp. Aisnya pun halus mulus. Ais Jelly dua mangkuk, RM14.
Pada mulanya Sk ingat PI nak makan di
Tip Top Ikan Bakar yang tengah, rupanya yang hujung. Biasa kalau nak makan kedai hujung ni, Sk bawa sudu garfu dari rumah sebab dekat sini dia bagi sudu garfu pakai buang (plastik). Ni nasi kena pesan dari stall lain.
Masa pekerja wanita ni hantar nasi, kami pesanlah sayur kangkung, sebab sebelum tu lupa nak bagi tahu nak sayur. Terus dia sebut 12, tapi muka pandang lain. Berlagak betul, hahahahaha. Tu belum lagi kedai sendiri ek!
Ikan Pari Bakar. Ikan Pari dengan sotong, RM82. Ni kegemaran Iman, selalu kalau ada Iman, kena ambil ikan dua potong, tak cukup satu, hihi. Tapi, ni bukan tak cukup satu ya, sepertiga aje kami makan. Dua pertiga lagi kami bawa balik. Tapi, betullah rezeki tu tak salah alamat. Baru aje Sk masukkan ikan dalam esbox, Iman balik, tujuannya nak ambil luggage Sk sebab luggage dia besar sangat. Iman kena out station ke Kuching, Sarawak, minggu ni, ada program U kat sana. Sk suruhlah dia bawa balik ikan tu sekali. Happy la Iman dapat makan ikan Pari Bakar kegemaran, hehehe.
sedapnya nampak ikan bakar tu. nyumss. ais jelly tu pun menggoda. LM pun risau keadaan mak ayah kat segamat tu. minggu ni aman sikit lega hati banding minggu lepas huhu
ReplyDelete