Assalamualaikum WBT
SELESAI sudah Majlis Tautan Kasih Nadia dan Sulhi di Temerloh, kini tibanya Majlis Sambut Menantu pula di Kuala Nerus, Kuala Terengganu.
Majlis Kesyukuran Perkahwinan diadakan di Baiduri Ballroom, Raia Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus. Ballroom ni bersebelahan dengan lobi hotel penginapan kami.
Percubaan selfie depan cermin yang serba tak kena, hahaha.
Tema warna sebelah keluarga pengantin lelaki, Teal Blue. Baju Sk beli lama dah, cuma belum pakai, rasmi dekat majlis ni la. Serba baru la semua tu termasuk tudung dan selendang, cuma kasut jer lama, hehehe.
Menu
Nasi Beriani
Ayam Masak Merah
Daging Masak ..... (tak ingat)
Dalca
Acar Jelatah
Kuih Talam/ Kuih Bakar Pandan
Buah-buahan (Betik, Tembikai, Honey Dew)
Bubur Kacang Hijau
Rojak Buah ni sumbangan individu. Menarik la, SK tak pernah jumpa campuran pelbagai buah dengan Asam Boi, dia tak letak kuah rojak.
Dessert Table
Kambing Golek untuk tetamu disediakan sebanyak tiga ekor kambing.
Cendol.. sedap, dia tak guna santan tapi susu.
Apam Balik pelbagai filling.
Makan-makan dulu sebelum lebih ramai tetamu tiba sebab ada yang belum sarapan.
Sk, Kak Roz dan seorang lagi adik-beradik Kak Maznah bertugas sebagai penyambut tetamu.
Ada yang salam kokot (kaut) dengan Sk.
Goodies untuk tetamu bawa pulang merupakan Beras Moghul Basmathi Faiza.
Gegadis Goodies! Iman, Lily dan Lisya.
Aduh, malulah kita.. tetamu yang datang asyik tanya, "Ni siapa?" Merujuk kepada Sk dan Kak Roz, hahaha. Mungkin mereka takut salah kenduri. Kita makan kambing dulu arrrr.
Pengantin dah nak masuk untuk bersanding di pelaminan. Mari sambut pengantin dan keluarganya yang datang dari Temerloh.
Doa Untuk Pengantin Baru
Wan Ahmad Sulhi bin Wan Khazali
dan
Nur Nadia binti Asri
Dari Abu Hurairah R.A., beliau berkata, "Adalah Nabi Muhammad S.A.W. bila memberi ucapan kegembiraan terhadap seseorang yang menikah, Rasulullah mendoakan:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Ertinya: Semoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan" (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah).
Mak-mak sedara excited dapat menantu baharu. Selamat datang ke Keluarga Tok Min, Nadia.
Family sebelah bapak pengantin lelaki semua ni. Alhamdulillah, ramai walaupun tak cukup korum sebenarnya.
Dah dekat pukul 2, dah mula lapar, Sk ajak Iman makan.
Besan dah nak balik ke Temerloh, beliau pesan, kalau datang ke Temerloh, call, nanti beliau masakkan Ikan Patin Tempoyak, jangan makan kat kedai, hahaha.
Acara bebas dah ni. Sk layan kek marble cicah kopi dan teh o.
Iman dan Nadia, tak pasti berapa umur Nadia, jika sebaya dengan Sulhi, kena panggil Kak Nadia, laaa, kan.
Walaupun seorang di Terengganu, seorang di Johor, sejak kecik mesti jumpa setahun dua kali setiap kali Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.. Dia macam timing giliran raya balik Kedah tu sama.
Dari kiri, Lily, Azreen, Iman, Nadia, Sulhi, Balqis, Athira dan Lisya, ni semua sepupu perempuan Iman, kecuali yang kedua dari kiri tu pangkat sepupu ipar, la.. sebab kahwin dengan sepupu lelaki mereka. Tapi, rapat ya.. Azreen ni sporting, kadang rasa macam sepupu betul, hihi.



























Wah cantik berseri-seri Mak Inche'. Macam-macam kuih muih yang ada. Banyak makanan favourite tu. salam kaut, feeling² dulu. Nanti akan sampai giliran Iman pula. hihihi...
ReplyDeleteTahniah Sulhi dan Nadia. Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia sampai ke syurga. Aamiin...
Berbesan dengan orang Pahang. Cantik jugak teal blue ni kena dengan kak SK. Nampak muda 😊
ReplyDeleteCantik manis kedua mempelai.
ReplyDeleteMakcik pengantin pun tak kurang lawa ye, nampak cocok warna tu dgn SK.
Kalau tugas sebagai penyamput tetamu, mesti ada yang salam kaut dengan kita. Lawanya SK dan Iman. Pasangan pengantin pun sama comel. Alhamdulillah. Semoga perkahwinan kekal bahagia dan diberkati Allah sentiasa. 🤲
ReplyDeleteMacam lamanya tak makan kenduri kawin, sedapnyaa..
ReplyDeleteCantik manisnya Iman... berseri-seri Bonda..
Selamat pengantin baru buat mempelai..
Cantiiiik warna teal blue ini untuk kakak 😍. Terpakai juga walau dah lama belinya yaaa.
ReplyDeleteAiiih rujak buah tuh langsung buat mulut basah 😍😍😄. Macam segar sangat . Saya juga suka cendol yg pakai susu, rasanya tak kalah lemak dengan santan, dan lebih sehat.
Saya suka lihat cara iman pakai tudung. Rapiii sekali . 😍. Apalagi drapery bagian depannya.
Cantiiik kedua mempelai. Ibu pengantin terlihat masih muda yaa.