Assalamualaikum WBT
KENA culik lagi dengan Iman pada Jumaat, 17 Julai. Rehat panjang, kan.. kami ke Antara Kopitiam yang terletak di Taman Setia Tropika.
Antara Kopitiam ni baru dibuka di JB dan dah viral la, baru kami sampai.
Cantik sangat dekorasi dalam kopitiam.
Orang perempuan la ramai, hari Jumaat lelaki ke masjid.
Watermelon Lemon Fizz (kanan) untuk Tuan Tanah Kedaung dan Honey Lemon Iced untuk Iman. TTK tu kemahen sekarang asal makan di luar jer nak pesan minuman manisss.
Sk jika ke Kopitiam, memang blank tak tahu nak makan apa. Selalunya ambil makanan yang sama aje la iaitu Pan Mee. Sk pilih Mala Pan Mee, nak pedas sikit la tapi tak pedas pun Mala Pan Mee di sini.
Classic Kaya Butter ni ambil satu set makan seorang sebelah.
Iman makan Ayam Geprek. Ia datang bersama telur mata dan bayam goreng tepung. Sambalnya sedap tapi bayam tu berminyak sikit. Iman asyik ulang cakap, sedap sambal tu, pedas.
Camera eat first. Lepas kamera kenyang, baru makan, hihi Keluar Kopitiam terkejut tengok dah beratur panjang. Dari Antara Kopitiam, Iman ajak singgah Paradigm Mall sekejap, nak beli barang katanya. Tapi, barang yang dicari tak ada stok pulak.
Tengok tak ada orang beratur di Thong Bowl, kami pun singgah. Sebelum tu, Iman dah beli mango shake tu di Beutea padahal.
Tengok Grill Beef Ball ni RM6.90 jer 3 pcs. Nak beli sampai 9 pcs, banyak sangat nanti. Jadi, kita ambik 3 pcs jer la. Dalam fikiran kami, 9 pcs tu 9 cucuk (batang).
Sekali, bila dia hantar, 3 pcs tu, satu cucuk jer laaaa. Sk pandang Iman, Iman pandang Sk, lepas tu kami tergelak besar, hahaha.
Sebenarnya tujuan ke Thong Bowl tu nak makan Bingsu dan Pulut Mangga, rupanya tak ada pun menu Pulut Mangga tu tapi Bingsu Pulut Mangga laaaa. Memang dia satukan dua menu tu sebagai dessert.
Dalam set ni ada la pulut, mangga dan sos pulut mangga untuk dimakan bersama bingsu tu. Mangga tu tak manis la, bingsu dia pun tawar walaupun dah gaul bersama puri mangga tu.
Tapi, bolehlah. Dah tahu dah rasa dia macam mana, tak la teringat-ingat. Kalau tak asyik la teringat, kan.. nak makan bingsu kat Thong Bowl, hehehehe. Tu tak apa, tak habis pulak tapi tak boleh mintak dia tapau untuk take away. Kami minta cup dan tapau sendiri.
















Asyik kena culik je ni. Untung betul kena culik by Iman. hihi...
ReplyDeleteNi dah tak boleh sesekali cheat day ni, ni dah kira hari-hari cheat day.
Ohh tak pedas ek. Biasa mala tu kemain pedas. Awat classic kaya butter dia cenonet gitu je. Versi kedekut sikit ek.
Umangaii dia punya bingsu membukit. Nasib baik boleh tapau.
Kurus je roti bakar tu. Nampak menyerlah warna kuning bingsu tu nampak menarik.
ReplyDeleteKalau culik bawa pergi makan, PH rela ahaha...
ReplyDeleteAdeh, terpedaya juga dgn iklan beef cucuk tu.. ingatkan 1 cucuk 3 ketul hihi
Suka g thong bowl.makan mi pedas dia... mmg berbaloi laaaa hahaa... awas portion beso gila
ReplyDelete