ASSALAMUALAIKUM..
APA menu minum petang ni? Mesti ramai yang pergi jalan-jalan sempena Hari Ibu ni kan. Bagi saya sendiri nampaknya hari ni melepak di rumah sajalah. Semalam dah seharian dari pagi sampai malam di rumah ibu, jadi hari ni kena bayar hutang kerja-kerja rumah yang tergendala semalam.
En Hubby pun tiada kerana terlibat dengan Futsal Harian Metro Edisi Selatan minggu ini. Kita layan tv dengan internet jelah ya.. hehe.
Kek keju ini saya buat pada malam Sabtu untuk memenuhi permintaan adik saya yang menyambut hari lahir yang ke 27 semalam. Atas permintaannya juga yang hendakkan kek keju sepenuhnya ni tanpa base dari kek span dan sebagainya. Kebetulan semua bahan memang dah sedia ada jadi saya layankan sajalah. Jom tengok resepi yang diilhamkan dari buku 'Kompilasi Hidangan Berkeju' oleh Noraini Zakaria.
Bahan A:
250 gm krim keju
50 gm mentega
80 gm gula kastor
1 sudu teh jus lemon
80 gm tepung kek
5 biji kuning telur gred A
80 gm susu segar
Bahan B:
80 gm gula kastor
5 biji putih telur
1/4 st serbuk krim tartar
Bahan Hiasan:
Inti blueberry
Cara-cara membuatnya:
1. Griskan acuan 9" dan lapik dengan kertas serap minyak
2. Bahan A: Pukul krim keju, mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan kuning telur dan jus lemon, pukul sebati.
3. Masukkan tepung kek dan susu berselang-seli hingga habis sambil digaul sebati. Pindahkan adunan ke mangkuk yang besar sedikit.
4. Bahan B: Dalam bekas lain, satukan gula kastor, putih telur dan serbuk krim tartar. Pukul hingga kembang dan kental selama lebih kurang 7 minit.
5. Masukkan adunan putih telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan keju dan kaup balik perlahan-lahan hingga sebati.
6. Tuangkan dalam acuan, bakar 180C selama 1 jam.(Saya bakar secara steam-bake)
7. Setelah sejuk sapukan permukaannya dengan inti bluberry.
Selamat Mencuba.
Selamat Hari Lahir Untuk Adikku NOR'AINI IBRAHIM @ CIK EMBUN
cedapnyer cheese cake tu...
ReplyDeletebetullah...syedapnya cis kek tuuu!!!
ReplyDeleteJMR & Kak Ain...
ReplyDeletememang sedap & laris.. hehe