NASI DAGING MERAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
ASSALAMUALAIKUM...
SEKEJAP jer dah nak masuk hari Isnin kan. Sekejap jer menghabiskan cuti hujung minggu. Kalau nak tahu, saya ni dah tiga hari tak keluar rumah tau. Jangankan ke Giant, Tesco dan sebagainya, ke kedai pun tak. Malassssssss sangat nak berjalan. Takutlah, kalau dah berjalan tu, tangan ni gatalll jer nak membeli, mata pun macam rambang semacam, jadi baik duduk rumah diam-diam.

Lagipun minggu depan dah cuti sekolah. Macam biasalah kalau dah cuti sekolah dan kebetulan suami pun tak ada jadual perlawanan bola, kami akan bercuti panjang. Kali ini abang ipar saya yang berada di Australia yang khabarnya baru pulang ke Malaysia mengajak kami ke Tasik Banding. Wow! Saya suka.. masih terbayang-bayang keindahan Tasik Banding semasa kami melintasinya sewaktu pulang dari Kelantan ke Kedah. Tasiknya biru kehijauan, saujana mata memandang, mestilah tak sabar sebab kali ini kami akan bermalam di resort tasik yang diuruskan oleh seorang biras saya. Nanti kalau jadi ke sana, saya akan ceritakannya di sini ya. Jadi minggu ni nak simpan tenaga dan duit supaya boleh enjoy betul-betul minggu depan.

Sebenarnya, bukan mood nak berjalan jer tak ada, mood nak mengemas rumah dan memasak pun terbang juga. Jadi rumah saya memang tak berkemaslah, setakat kemas yang wajib-wajib asalkan sedap mata memandang. Memasak tu hendak tak hendak kenalah buat, nasib baik suami saya tak kisah, janji perut kenyang.. hehe. Jadi pagi tadi sarapan kami agak nyummy juga, nasi goreng cina.. sangat simple tapi kenyang. Untuk makan tengahari, menu ringkas minggu ini.. Nasi Daging Merah.. jemput makan..
Eh.. eh.. nak resepi ke? Alah... campak baling jer..


Bahan-bahan:
200 gm daging batang pinang dihiris nipis dan diperap dengan pewarna merah
2 ulas bawang putih dicincang
2 sb minyak masak
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos tiram
1/2 labu bawang besar dipotong bulat
1 biji cili hidup dihiris
1/4 sk garam
1 sk gula
sedikit ajinomoto
2 sb sayur campur
2 sb tomato dadu (stok dalam esbox.. huhu)
(senangkan, semua dua sudu.. hehe)

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sebentar, masukkan daging, kacau sehingga daging separuh masak.
2. Masukkan semua jenis sos, kacau rata. Masukkan bawang besar, cili hidup dan sayur campur, kacau lagi. Masukkan tomato dadu.
3. Masukkan garam, gula dan ajinomoto. Kacau sehingga daging masak, sedia dihidangkan dengan nasi putih.

yang ni menu sarapan... Nasi Goreng Cina.. tak payah resepi okey..
Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!