ASSALAMUALAIKUM.. meng'entri' lagi malam ni atas permintaan En Hubby. Kali ni dia suruh saya masukkan story ayam bakarnya. Resepinya senang je, apa yang ada kat dapur tu (yang boleh makanlah macam bawang, halia, kunyit, jintan manis dsb) tumbuk halus dan lumurkan pada ayam. Garam sudah semestinya. Kemudian perapkan sejam dan masukkan dalam oven. Bakar 1 jam pada suhu 200'C.
Memang sajalah tu nak bagi saya kerja lebih cuci oven malam ni kan... harapkan en hubby, owh.. mungkin tidak. Oh, ya.. Adigun tu ialah nama gelaran en hubby, maklumlah dulu suami saya ni main bola. Mukanya pulak sama dengan pemain import Kedah, Adigun. Jadi melekatlah nama tu sampai sekarang..
jamu mata jelah ya..
enak dimakan bersama sos cili thai..
sebagai panduan supaya rempah perap tidak hilang semasa membakar, letakkan dahulu ayam bersama bahan perap di atas dulang pembakar yang telah dialas dengan alumunium foil, selepas 40 minit alihkan ayam di atas rak pembakar. (yang ni semua saya kena buat.. nyampah!)
eh, nak cerita sikit.. minggu ni sangat seronok memasak dengan stir pan fry jenama Bialetti Made In Italy yang saya dapat dengan membayar RM6.90 sahaja (harga asal RM160). Terima kasih kepada ibu, kakak, adik dan Suhaily yang menyumbang stem Giant kepada saya. Juga seorang amoi yang tak mahukan stemnya dan memberikan kepada saya. Memang best kuali ni, dalam dua hari dah pakai 4 ~ 5 kali you..
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih