JANGAN BENCI KUCING

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
ASSALAMUALAIKUM...
ANDA peminat kucing atau pembenci kucing? Ada juga yang dua-dua pun tak, tapi geli dengan kucing. Hari ni saya nak cerita pasal kucing supaya dapatlah kita sama-sama mengambil pengajaran dari kisah ini.



Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama Si Putih, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada Putih dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Putih berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Putih dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi, Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Putih, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Putih tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Putih dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Putih, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Putih berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang seluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Putih lagi jauh tapi dibawanya Putih pusing-pusing dahulu. Habis semua jalan ditempuh, sekejap ke kiri, sekiejap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Putih dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.

Budin: Ayang, Putih ada kat dalam rumah tak? (tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar...)

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? (tanya Gayah lagi)

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni

hehehe...
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hahaha...lawak tol cite ni. Sy dn puteri sy suka sgt kucing tp x bela kucing kat umah.

    ReplyDelete
  2. salam stiap makhluk Allah ciptakan bererti mereka layak hidup disamping kita dibumi ini.

    ReplyDelete
  3. wakaka...kelakar la crita ni, mas suka baca crita2 macam ni, kak yus memang best la...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!