ASSALAMUALAIKUM..
ADA idea tak nak masak apa yang istimewa esok? Manalah tau, ramai yang sambut hari jadi atau ulangtahun perkahwinankan.. Di sini saya nak kongsikan resepi nasi tomato yang saya hidangkan sebagai santapan tengahari tadi. Tentu ramai yang tahu resepi asasnyakan...
Sebenarnyakan, nasi tomato ni merupakan hidangan utama di sebelah keluarga mertua setiap kali musim perayaan. Boleh dikatakan juadah wajib juga selain laksa penang. Kalau dulu mak mertua yang masak, maklumlah.. anak-anak semua rindukan masakan emaknya kan, tapi sekarang kakak ipar saya yang sulung yang saya panggil Kak yang masak. Kalau ada Kak Jana, iaitu biras saya, dialah yang masak. Kalau ada Kak Shida, biras saya juga, Kak Shida akan masak. Jadi saya tengok cara atau bahan yang digunakan asasnya sama, kebanyakannya menggunakan puri tomato. Kalau Kak Shida dia akan tambah sup tomato. Jadi saya pun dah cuba juga pelbagai versi memasak nasi tomato ni.
Dalam banyak-banyak versi tu saya rasa inilah yang paling sedap. Tak percaya, cuba.. pasti terangkat punya.. hik.. hik... Jadi untuk memudahkan kepada yang baru belajar dan sibuk bekerja.. inilah versi saya.
hidangan untuk 5 ~ 6 orang
Bahan-bahannya:
3 cawan beras dibersih dan ditoskan(kalau guna beras basmathi rendam dahulu mengikut aturan di bungkusan)
3 sb minyak sapi
1 sb minyak masak
4 ~ 5 ulas bawang merah dihiris*
3 ulas bawang putih dihiris*
1/2" halia dihiris*
1 batang kulit kayu manis*
2 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*
3 helai daun pandan disimpul
100 gm puri tomato (1/2 tin kecil)
200 gm tomato dadu (boleh guna yang dalam tin@ 1/2 tin)
1 cawan susu cair
2 1/2 cawan air (@ secukupnya)
1/2 sb garam @ secukupnya
100 gm kacang peas (1/2 tin kecil)
100 gm kismis
Cara-caranya:(gunakan periuk elektrik)
1. Hidupkan periuk elektrik, panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk elektrik. Tumiskan bahan-bahan bertanda* sehingga naik bau. Masukkan puri tomato.
2. Gaulkan sebentar, masukkan pula tomato dadu. Gaul sekejap sehingga sebati masukkan susu cair. Kacau sebati.
3. Masukkan daun pandan dan beras. Tambahkan air, sukat jika perlu. Masukkan sekali garam, kacang peas dan kismis. Kacau rata, tutupkan periuk. Masak nasi seperti biasa.
4. Sekiranya periuk nasi 'off' sebelum nasi kering, gaulkan nasi dengan sudip kayu dan 'on' semula.
Petua jika nasi jelantah @ separuh masak. Letakkan cawan tahan panas berisi air panas ke atas nasi dan biarkan setengah jam.
Taburkan bawang goreng ketika menghidang jika suka.
Oh ya, ada orang suka letakkan stok ayam apabila memasak nasi begini. Terpulang, tetapi saya lebih suka membiarkannya natural.
memang nampak menyelerakan... tapi lebih sedap kalau org lain masakkan dan kita cuma makan.. hehehe :D
ReplyDeleteSedapnya!
ReplyDeletecedapnya....mas suka guna beras basmathi,
ReplyDelete