PAIS IKAN MAYONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
8
ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni sebagaimana yang saya janjikan semalam, sempena kita meraikan Hari Ibu minggu ini, saya akan berkongsi resepi-resepi air tangan ibu saya. Kalau semalam saya bagi resepi untuk sarapan, hari ini saya nak kongsikan dengan kawan-kawan resepi lauk untuk makan tengahari, Pais Ikan Mayong.



Lauk ini adalah antara feberet keluarga saya. Nak menyediakannya pun mudah saja. Biasanya lauk-lauk macam ni kita pakai campak baling je kan, jadi sukatan di bawah ni adalah untuk rujukan sahaja. Bolehlah disesuaikan mengikut citarasa sendiri. Bagi yang baru nak belajar tu, tak salah kalau hendak berpandu terus pada resepi ni... jom.. layanzzzzzzzzzzzz!

Pais Ikan Mayong
Bahan-bahan:
Daun pisang secukupnya untuk membungkus ikan
4 keping ikan mayong sederhana besar
15 tangkai cili kering*
6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1" halia*
1" lengkuas*
1" kunyit hidup*
1 batang serai*
(bahan bertanda* dikisar halus)
1/4 cawan air asam jawa (pekat)
1 sb garam

Cara-cara:
1. Bersihkan ikan dan digaramkan.
2. Gaul sebati semua bahan kisar dan ratakan pada ikan.
3. Campurkan air asam jawa.
4. Bungkuskan ikan dengan daun pisang dan masukkan ke dalam kuali yang telah dipanaskan bersama sedikit minyak supaya daun pisang tidak melekat .
5. Tutup bungkusan ikan dengan tutup periuk. Terbalikkan bungkusan sekali sekala supaya tidak hangus di sebelah bahagian.
6. Masak ikan dengan api sederhana kecil kira-kira 30 minit atau sehingga ikan masak.
7. Sedia untuk dihidangkan, lebih enak dinikmati bersama nasi putih.




Harapnya resepi ini dapat memberi inspirasi kepada sesiapa yang buntu nak masak apa tengahari ni ya..
SELAMAT MENCUBA

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. argghh..pagi2 ni dah dok bayangkan aroma yang keluar dari daun pisang tu....

    ReplyDelete
  2. salam sariyusa.
    arwah mak akk pn rajin buat pais ikan. akk pn penah buat tp rasanya mcm kurenggg je. hehe...
    sedapnya pais ikan, dah lama tak mkn. sgt menggecurkan...

    ReplyDelete
  3. ayoh..lapar wohh..nak gi kantin ah jap lagi hihi :)

    ReplyDelete
  4. Kujie, aromanya memukau..

    Kak Anie, sedap.. bertambah-tambah nasi sampai..

    betullah Anis, bila msk rasa tak sama ngan air tgn mak..

    Catlinafly, lapar mkn cpat.. nt mkin byk mkn.. hehe

    ReplyDelete
  5. sedapnya ikan pais. akak tak berapa pas buat ikan pais ni. tak mcm mak akak punya. superb!!!

    ReplyDelete
  6. tulahkan... mcm ada ramuan yg tak ckup jer..

    ReplyDelete
  7. aduhaiii...ikan mayong pulak tu....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!