SIAKAP KUKUS STAIL HONG KONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
ASSALAMUALAIKUM...
MALAM sudah... mahu tidur tapi kena tunaikan janji kat en suami dahulu... Janji???
Mahu masukkan resepi siakap kukus stail hong kong nilah.. Hubby masak Sabtu lepas, kiranya resepi tertunda... hik.. hik..

Bila hubby yang masak, kita bukan setakat tinggal makan jer, tapi kita juga ditinggalkan dengan segala macam periuk belanga yang tunggang langgang.. hak.. hak.. Sah-sah macam ahkakkkkkk juga yang masak. Lepas tu sekejap panggil.. sekejap panggil, kalau nak masak satu taman boleh dengar dia cari sudip, senduk semua. Tu belum lagi cari sos.. kicap segala.. padahal dah depan mata. Pas tu dok canang dialah Chef.. hik.. hik..

Tapi apapun memang sedap tapi tak boleh lawan siakap kukus nyonya ahkak.. hehe.. layanzzzzzzzz!



Bahan-bahannya semua secukup rasa ye...
1 ekor siakap sederhana besar dibelah dua seperti 'butterfly'(saya kata siakap, bukan bawal bukan kembung ya.. hehe)
1 sudu kecil biji ketumbar
2 tangkai daun ketumbar
2 sb sos ikan
2 sb kicap cair
1 sb kicap pekat
2 sb air
minyak secukupnya
garam secukupnya

Cara menyediakan:
1. Tumbuk halus biji ketumbar dan satu tangkai daun ketumbar.
2. Sapukan sedikit minyak dan 1 sb sos ikan pada ikan. Taburkan sedikit garam. Perapkan dengan bahan yang ditumbuk halus selama setengah jam, letakkan ikan pada pinggan tahan panas.
3. Siapkan periuk kukusan. Masukkan akar daun ketumbar dan sedikit minyak dalam air kukusan.
4. Dalam mangkuk lain satukan 1 sb sos ikan, kicap cair, kicap pekat, air dan sedikit minyak, kacau sedikit dan tuangkan pada ikan.
5. Kukus ikan sepuluh minit atau sehingga masak.
6. Taburkan dengan setangkai lagi daun ketumbar dan hirisan cili padi jika suka pedas.

SELAMAT MENCUBA..;-D

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wah kak, rajin suami akak masak,macam ayah mas, rajin masak, tapi dapur tunggang langgang dibuatnya..he..he..tak pe, dah cuti masak,kena juga mengemas, kalau suami mas rajin mengemas, habis habuk2 kat rumah dia lap,kalau memasak dia tak pandai sangat,macam2 kan ..

    ReplyDelete
  2. samalah ngan laki akak, tunggang langgang dapor klu dia merajin nak masak. even simple menu, dapur tu dah jd lintang pukang. buat hati makin tensen je. sng citer, x kasi lg dia msk kat dapur akak tu!!!hihi

    ReplyDelete
  3. Sari Yusa...akak ni kan...jgn kata nak makan masakan cik abang tu...nak minum air buatan dia pun tak dpt...heheheh...cik abang akak tu manja giler....:P

    ReplyDelete
  4. Mas, baguslah tu.. Mas lap kat dapur, dia lap kat depan, pas tu.. i lap u, u lap me.. hehe

    kak Ain, laa... mcm satu hukuman lak tak leh msuk dapur.. hik2..

    Kak Anie, best tu dapat suami yg manja, jangan mengada-ngada sudahlahkan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!