ISTERIKU KUAT BERLETER

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
ASSALAMUALAIKUM...

KEPADA bakal-bakal suami & suami-suami
tak lupa juga kepada isteri-isteri & bakal-bakal isteri..

Ada seorang suami yang hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat setengah jam, berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.

Oleh kerana dah tak tahan dengan leteran isterinya, si suami berjumpa dengan Haji Ahmad, imam di kampungnya selepas Solat Jumaat. Haji Ahmad ni memang terkenal dengan warak dan kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.

Bila diceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Haji Ahmad ni tersenyum dan bagitahu pada si suami.

"Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq?"

"Betoi haji. Saya minta tolong sangat pada pak haji ni."

"Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena. Lepas tu hang pi buang dia kat dalam satu lubang yang dalam.."

"Itu saja ka haji?"

"Itu saja. Hang pi buatlah apa yang aku suruh. Tapi hang jangan menyesal di kemudian hari."

"Terima kasihlah haji, tengoklah nanti macam mana."

Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yg Haji Ahmad tu suruh. Tapi bila tiba di rumah saja, si isteri terus berleter..

"Orang lain pun sembahyang Jumaat juga tapi tak ada lah balik sampai lewat sangat. Awak ni merayau ke mana? Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. Cubalah ingat sikit orang kat rumah ni."

Oleh kerana tak tertahan dengan leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak buat apa yg Haji Ahmad ajar pada dia tadi.

Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yang di beri oleh Haji Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya. Si isterinya pun sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, "Ni buat-buat baik ni adalah sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yang konon-konon buat baik ni."

Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami pun angkat si isteri ni tadi dan bawa ke belakang rumah. Di sana ada sebuah perigi kontang yang dah 20 tahun tak di gunakan.. Sampai kat perigi kontang tu, si suami ni pun terus campak isterinya ke dalam. Si suami pun pulang ke rumah.

Keesokan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada orang berleter dia bangun lewat. Balik kerja pun tak ada orang berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah.

Masuk hari ke 2, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pada leteran isterinya. Dia dah mula rasa gelisah. Sepanjang hari tu asyik teringat aje pada isterinya. Masuk hari ke 3, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia. Selepas saja solat Maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Haji Ahmad.

"Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Boleh tak saya dapatkan balik isteri saya tu?"

"Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jangan menyesal. Laa ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong pun aku tak jamin bini hang selamat atau tak. Tapi hang boleh pi cuba. Malam ni juga, hang kena pi tempat hang buang bini hang tu, hang bawa sekali tali panjang. Hang campak tali tu masuk ke dalam lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang niatkan nak bini hang tu balik. Lepas tu, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba tiga kali. Kalau lepas tiga kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la."

Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali panjang dan terus pergi ke perigi kontang tempat dia mencampakkan isterinya tiga hari yang lepas.

Sampai saja di perigi kontang tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dalam perigi kontang tu. Selepas saja berniat, si suami tu tariklah tali tu naik ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar.

Si suami cuba buat kali yg ke dua. Tapi usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau. "Dah mati ke bini aku ni?"

Si suami cuba buat kali yg ke tiga. Bila ditarik tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, yang keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi satu jembalang yang berbulu amat lebat.

"Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!"

Jawab si jembalang tu, "Aku ni penunggu perigi kontang ni. Dah bertahun aku duduk kat sini. Tapi sejak bini kau datang, aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, ptg, siang, malam asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu satu badan. Aku dah tak tahan. Aku nak pindah perigi tempat lain. Kalau kau nak bini kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah"

Hah? Moral of the story? Jembalang pun tak tahan dengor orang yang suka berleter tau!!!
Hik.. hik... sesaja gurauan di petang hari..
Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!