ASSALAMUALAIKUM..
SEKALI lagi kita bertemu, kali ini saya nak tunjukkan asam pedas tetel ni yang saya masak Sabtu lepas. Mesti ramai yang dah pernah menikmati resepi istimewa dari negeri Melaka ni kan. Ini memang masakan kegemaran saya sekeluarga.. daripada saya, suami sampailah anak, berulang-ulang makan nasi kalau ada asam pedas ni.
Kalau singgah bermalam di Melaka, mesti nak cari jugak asam pedas ni. Kalau tak sempat ke rumah kakak di Batu Berendam, kami terjah satu restoran kampung yang terletak di pinggir bandar Melaka, memang meletup.
Tapi kalau rumah kakak tu, bukan kakak yang masak tapi abang ipar saya yang asal dari Melaka. Ilmu masak asam pedas tetel ni saya dapat dari dialah, Encik Ismail Felix (bapanya orang Belanda ya). Masakan abang ipar yang saya panggil Abang Long ni, memang menyengat tau, isk.. kecur air liur pulak.
Tapi, maaflah.. gambar saya ni tak berapa meletops pasal guna kamera telefon je, tapi rasanya memang meletops(sepatah kata CMG) tau... tak percaya, cuba..
Bahan-bahan:
2 senduk minyak masak
2 1/2 senduk cili yang siap dikisar bersama bawang (tengok sini)
1 kg daging tetel dibersihkan dan potong kecil (lebih sedap tetel tempatan)
3 mangkuk kecil air (saya guna saiz mangkuk taufu fa)
1 genggam asam jawa
2 keping asam gelugor
1 sb serbuk belacan maggi
1/2 sb garam/secukup rasa
2 batang serai (diketuk dan disimpul)
1" halia (diketuk)
1" lengkuas (diketuk)
1 st halba
3 ~ 4 helai daun limau purut
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis sebentar halba, serai, halia dan lengkuas.
2. Masukkan cili kisar, kacau hingga agak garing.
3. Ramaskan asam jawa dalam semangkuk air. Tuangkan air asam tersebut ke dalam periuk. Kacau rata. Masukkan daging tetel, kacau sebentar. Masukkan garam dan belacan.
4. Tambah lagi semangkuk air dalam asam jawa tadi. Ramas lagi hingga asam jawa tinggal biji dan tuangkan airnya ke dalam periuk asam pedas. Kacau rata, tambahkan semangkuk air lagi ke dalam periuk.
5. Masukkan asam gelugor, kacau sekejap dan biarkan mendidih kira-kira sejam dengan api sederhana. Tutup periuk semasa memasak, kalau boleh gunakan periuk yang agak besar.
6. Masukkan daun limau purut dan masukkan ke dalam periuk, biar kira-kira 10 minit dan tutupkan api. Kuah asam pedas akan menjadi pekat tidak berapa lama kemudian. Enak dimakan bersama nasi putih.
Nota: Daging tetel tidak perlu direbus dahulu, inilah yang akan memberi rasa kepada asam pedas.
daging tetel tu rasa macam daging cingcang ke kak yus, mas selalu nmpk daging tetel kt pasar, cantik2, tapi tak tahu nak masak pe,kena masak lama ke sebab mas selalu beli daging cingcang, kena masak lama baru daging tu lembut,
ReplyDeletemas, daging tetel ni selalu campur ngan lemak. masak dalca pun sedap gak, tapi kak yus suka lagi msk asam, mmg msk lama, smpi meresap rasanya tu..
ReplyDeletesaya memang peminat asam pedan daging tetel. tp tetel nak beli kat mana? kat giant tak penah nampak ler plak. slalu sy guna daging biasa yg ada sikit lemak2 tuh
ReplyDeletesalam yus..
ReplyDeletepatutlah ada nampak asap rupanya asam pedas yus meletop..
teringinlah nak cuba..tq share resepi..
Izza, paling senang nak cari daging tetel ni kat pasar biasa @ pasar tani, kalau kat GIant rasanya mmg tak pnah nmpk pulak
ReplyDeleteDatin.. hik2, lawaklah datin ni, sama2, nanti datin try tau..
salam yus...emm nampak cam sedap je asam pedas tetel tu...tapi ima sendiri pun tak pernah beli tetel ni lagi...nak kena gi carilah jugak...daging cincang yang dilonggok tu ke...daging tetel...
ReplyDeletesalam, Ima..
ReplyDeleteselalunya dia longgok ngan lemak2 tu, Ima pilihlah yang ada dagingnya, nt kalu dpt sume lemak tak termakan pulak.. hehe