kisah kek yang tak menjadi

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
ASSALAMUALAIKUM... Salam pagi Jumaat. Dah dua hari tiada entri kerana berkursus. Bila malam pulak, kepala dah penat, rasa nak rehat dan tidur je. Nak story mory pun tak larat.. hehe.

Malam tadikan, saya buat kek marble chocolate cheese ambil dari rumah Ima. Nak dijadikan cerita buat kuih tu dah pukul 10. Bersungguh-sungguh nak buat tu pasal hari ini ada kawan nak datang, Yaya pulak sibuk suruh buat pasal dia nak bawa bekal ke sekolah.

Walaupun dah mengantuk dan penat, saya gagahkan jugalah. Bahannya memang mudah, caranya pun tak susah tapi yang leceh tu nak lapis dan ratakan adunan. Pertama kali buat kek ni, yang sebelum ni saya buat yang kukus punya, jadi nak cubalah versi bakar pulak.

Lepas masuk dalam oven, saya pun setlah masa kurang sikit dari 60 minit, suhu 180'C. Oven saya ni pelik sikit, tak boleh ikut resepi asal yang bagi suhu 175' dan bakar 50minit.

Lepas tu saya pun pergilah tidur dulu. Lagi sepuluh minit sebelum timer berhenti tu saya jengah ke dapur. Tengok ada sepuluh minit lagi, nak baring-baring sekejap. Biasanya kalau bakar-bakar kek ni kepala saya dah set tapi agaknya pasal penat dan letih saya cuma terjaga bila dengar lagu hindustan yang keluar dari alarm telefon saya.

Sampai dapur, keluarkan kek dari oven, test dengan lidi tapi tak cucuk kat tengah betul-betul, lidi keluar bersih. Best ni. Jadi lepas gosok baju saya pun double boil coklat masak dan krim ingat nak curah atas kek.

Tup-tup bila keluarkan kek dari loyang... dush! Bahagian tengah tak masak. Sadis sungguhla... nyesalnya tak check masa pergi dapur malam tadi. Boleh tambah masa.. huhu. Ni nak bakar pun dah tak sempat sebab nak kena tunggu sejuk juga baru boleh keluarkan. Sudahnya, saya masuk balik dalam loyang,tutup dengan pinggan kecil dan sumbat dalam peis ais. Sedih... sorrylah Yaya, kek tak jadi... haru biru..

pasal kek tak jadi, takde gambarlah ya..
Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. salam yus...kenapa boleh jadi cam gitu,tak masak ditengah...biasalah tu kita belejar dari kesilapan...tapi ima dah 2 kali buat kek ni..memang menjadi...tak pe boleh cuba lagi...

    ReplyDelete
  2. entahlah Ima, betul2 kat tgh yg tak msk, tapi kelilingnya elok & cantik, tapi psl dah trkeluarkan dr loyang trus jadi remuk redam.. nanti Yus entry rope dia yg ensem gila tu.. hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!