ASSALAMUALAIKUM...
HARI ni saya mandi hujan sekejap. Entah kenapa, tanpa apa-apa tanda tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Saya pulak menjempur bantal dan membasuh cadar setelah trip kain baju yang saya basuh awal pagi tadi telah kering di jemuran. Ermmm... nasib baik bukan kain yang dah kering tu yang kena hujan, kalau tak mahu menangis saya.. hehe.
Cuti-cuti begini memang berangan sangat nak baring-baringkan, tapi apahal pulak orang dua beranak ni nanti kelaparan. Pagi-pagi tadi saya rebuskan cocktail sosej jer untuk Yaya. Saya dan hubby makan sandwich sardin, maaflah tak ambil gambar, alaaa... sandwich biasa-biasa jer, malas nak nyusun sandwich dalam pinggan buat 'photoshoot'. Sapu mayonese kat roti, letak inti sardin terus ngap.. hehe.
Tapi dalam pada rasa nak baring-baring tu, atas permintaan hubby saya masak nasi tomato. Tapi ada syaratnya, dia kenalah tolong saya. Bukan setakat tolong, hubby siap masakkan lauk ayam masak merah tu. Yaya makan sampai menjilat jari tau.
Sementara tu, saya masak kurma daging. Malas pulak nak buat dalca, leceh nak potong-memotong sayur-mayur ni. Jadi, nasi tomato ni saya lawankan dengan ayam masak merah adigun, kurma daging dan sayur pencuk, cukup syarat dah tu.
Nasi tomato ni saya belajar masak melalui pemerhatian jer tau. Masa tu mak mertua saya sihat lagi, jadi setiap kali kami balik selalulah beliau masakkan nasi tomato untuk anak bongsu kesayangannya tu, hubby sayalah. Selalulah saya perhatikan apa yang dia masukkan tu sambil-sambil tolong godak-godak apa dalam periuk tu. Sebenarnya saya ni boleh dikatakan tak pandai nak masak kat rumah orang walaupun rumah mak mertua, rasa janggal sangat. Tapi kalau tolong tengok dengan makan tu nombor satu.. hehe.
Nilah rupanya set nasi tomato saya tu. Resepinya entri kemudian ya. Penat sangat ni...
yummy..tetiba aje lapar bila tengok nasi tomata, ayam masak merah ngan kurma daging, peberet mas semua tu...tompang sekaki makan ngan akak boleh..he..he..rajin suami akak menolong...
ReplyDeleteMas, kenalah kerjasama... tapi hubby akak memang suka masak..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam kak, waaa..set lengkap nasi tomato, kita suke mkn mcm ni tp kalau selalu buat haih! mmg tak leh nak kurus le mcm ni hihihi...
ReplyDeleteeh kak..ni wokey dah ni nak jamu orang2 di rumah meertua ni..best giler tengok set ni..jatuh cinta terus.lama dah tak buat nasi tomato ni.dekat dua tahun dah..huahaha..nk skitt
ReplyDeletesedapnya...nak sepinggan..yummy..
ReplyDeletenyummylicious!!
ReplyDelete