TALAM SAGU KELAPA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
ASSALAMUALAIKUM...
Sekejap je dah malam kalau kita duduk di rumahkan. Tapi kalau di tempat kerja nak menunggu petang, punyalah lambat. Tengok jarum jam macam tak bergerak-gerak.

Ni nak masukkanlah entri kuih melayu resepi ibu saya. Sebenarnya saya pun tak pastilah nama sebenar kuih ini, tapi saya tahu mesti ramai yang tahu kuih ni yang sememangnya popular lebih-lebih lagi kalau bulan puasa, sebab sangat mudah disediakan.



Saya sendiri tak pernah lagi cuba membuatnya tapi sangat suka makan. Senang-senang pun orang jual mahal juga, ermmm...rugilah kalau asyik nak membeli kan. Bukan apa, bahannya murah, buatnya mudah, tapi dijual RM1 untuk 3 ketul, agaknya boleh 'cover' modal kuih-kuih lain kot.

Sebab bukan saya yang buat kuih ni, jadi saya tak tahulah sukatan yang sebenar. Ibu pun kata main agak-agak je. Jadi pada sesiapa yang tak pernah membuat tu bolehlah main agak-agak seperti berikut ya.. hik hik..

Bahan-bahan:
1 mangkuk sagu biji (dibersihkan dan ditapis)
2 mangkuk air gula (rasalah manisnya cukup)
kelapa parut secukupnya digaul bersama garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Biarkan air gula yang mendidih di dalam periuk. Jika menggunakan sagu biji putih, letakkan sedikit pewarna merah. Atau boleh menggunakan sagu biji berwarna merah.
2. Masukkan sagu biji, kacau sentiasa sehingga sagu kembang. Apabila sagu kembang secukupnya, tuangkan ke dalam loyang.
3. Biarkan sejuk dan sudukan seketul-seketul dan golekkan ke dalam kelapa parut.




Ini cara ibu saya, ada juga yang membuat adunan sagu agak keras sedikit supaya boleh dipotong sebelum digolekkan ke dalam kelapa parut. Lain orang lain caranya kan, SELAMAT MENCUBA

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sariyusa...dulu akak rajin buat kuih ni...sekarang dah malas...sebab akak makan sorang

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak..kuih ni senang tapi kena ada teknik gak kan..kengkadang tu ada sagu masih putih la..kalau jual tu kita bkan perasan beli kuih sagu keras..tapi saya suka yg lembik2 mcm gambo di atas..hehe..suke la kuih sagu ni.lame dah tak buat sbb hubby kureng skit kuih ada klapa ni

    ReplyDelete
  3. kak Anie, betullah, macam tak best je kalau mkn takde kawan kan..

    izah, betul... suka yang lembik2, lembut je lalu kat tekak

    erienz, sedap.. buatlah untuk cik abemu tsayang tu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!