ASSALAMUALAIKUM... Selamat berhujung minggu...walaupun hari cuti yang ditunggu-tunggu maklumlah 'Cuti Hari Pekerja' tapi taklah berapa teruja sebab jatuhnya pada hari Sabtu kan, maknanya tiada cuti ganti. Bagi mereka-mereka yang hari Sabtu tu merupakan hari bekerja, wah.. seronoklah dapat cuti kan..
Semasa keluar sekejap tadi saya ada jugak ternampak beberapa batang bunga manggar yang dipacak sebagai tanda jalan ke rumah pengantin, ramai nampaknya yang naik pelamin hari ini termasuklah seorang rakan saya Dalila Danil yang melangsungkan perkahwinannya hari ini dengan Hazam Harun.. Selamat Pengantin Baru saya ucapkan. Yang kelakarnya Hazam ni rupanya mekanik di tempat kami selalu hantar kereta dulu, patutlah bila tengok gambar macam kenal.. haha.
Banyak celoteh pulak saya ni, biasalah.. memang kuat bebel dengan jari padahal kalau jumpa orangnya tu biasa-biasa aje... hehe.
Kali ni saya nak kongsikan resepi spaghetti bolognese yang agak mudah. Cepat dimasak sedap dimakan.. lama tak dengar lagu tema tu kan. Resepi ni saya belajar dari en hubby juga tau, kena bagitahu ni nanti dia merajuk pulak. Tapi sesuai dengan status saya sebagai surihatinya yang bekerja maka saya ringkaskan lagi bahan dan cara supaya tidak menyusahkan saya.. haha.
Jom, tengok sama tak dengan stail kawan-kawan semua..
Spaghetti Bolognese ( 3 orang makan)
Bahan-bahan:
Bahan A:
250 gm spaghetti
1 sb minyak masak
1 st garam
Air secukupnya untuk merebus spaghetti
1 sb mentega
Bahan B:
1 sb minyak/mentega
3 ~ 4 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (didadu)
300 gm daging cincang
1 tin sos spaghetti tradisional (saya guna jenama Prego)
1/2 st serbuk lada sulah/ putih
1/2 st serbuk lada hitam
1/2 st garam
Bahan tabur:
sedikit cincangan daun parsley
Cara-cara menyediakan Bahan A:
1. Panaskan air secukupnya untuk merebus spaghetti, masukkan garam dan minyak masak.
2. Apabila air mula mendidih masukkan spaghetti dan rebus mengikut anggaran masa yang dituliskan pada bungkusan spaghetti atau sehingga lembut.
3. Apabila spagetti lembut, toskan airnya dan gaulkan dengan mentega hingga rata.
Sementara itu sediakan Bahan B/Sos Spaghetti:
1. Panaskan minyak atau mentega, tumiskan bawang putih hingga naik bau dan masukkan daging cincang.
2. Kacau hingga daging cincang hampir masak, kemudian masukkan bawang besar yang didadu serta garam dan kacau lagi.
3. Masukkan sos spaghetti, kacau rata kira-kira 10 minit. Taburkan serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. Kacau rata dan bolehlah dihidangkan bersama spaghetti.
4. Taburkan sedikit cincangan daun parsley semasa menghidang.
Sebenarnya kalau ikut ajaran guru saya (en hubby lah), dia masukkan tomato puri, tapi saya tak suka terlalu masam. Bagi saya cukup dengan menggunakan satu tin sos spaghetti sahaja. Tapi kalau nak bagi ramai makan saya akan tambahkan daging cincang dan masukkan tomato puri bagi menambah kuah atau sos.
Bagi yang tak pernah mencuba memasak sendiri tu, bolehlah mencuba ya.
tengok gambar.. siapa perasan ada kotak pizza hut tu? Sebenarnya memang dah rancang awal nak masak spaghetti ni, tapi tiba-tiba rasa nak makan pizza, tu yang beli jugak sekeping takut kempunan.. haha.
akak sedapnye spegeti...hantar sini sikit..
ReplyDeletehuk2.. dah habislah.. erienz lmbt ckp.. huhu
ReplyDelete