ASSALAMUALAIKUM...
TAK habis-habis dengan muffin kan... hik.. hik.. nampaknya dah jangkit penyakit Izah Muffin Lover, saya dah jadi pencinta muffin juga.
Kali ni saya nak tayang neapolitan muffin ni, yang tersangatlah gebu dan comel. Rasanya pun ermmmm.... bayangkanlah sekejapan saja lebih separuh dan masuk perut, memang sedap dengan tiga rasanya yang berlawan-lawan di tekak tapi serasi.
Masih lagi menggunakan resepi muffin coklat cip vanila, kali ini saya bahagikan adunan kepada tiga warna dan rasa, strawberi, coklat dan oren. Pulak tu kerana malas nak ke kedai walaupun susu segar dan habis lalu saya gantikan dengan bancuhan susu pekat manis.. hihi. Gulanya macam biasa kenalah dikurangkan.
Bahan-bahan:
375 gm tepung gandum*
2 sk serbuk penaik* (ayak bersama bahan bertanda*)
250 gm mentega
200 gm gula halus
1 sk esen vanila
3 biji telur
210 ml bancuhan air dan susu pekat manis (sederhana manisnya)
1 sk strawberry emulco
1 sk coklat emulco
1 sk kordial oren sunquick
2 titik pewarna merah atau pink
60 gm coklat cip
Cara menyediakan:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C dan alaskan loyang muffin dengan cupcakes liner.
2. Pukul mentega, gula halus dan esen vanila hingga putih dan sebati.
3. Masukkan telur sebiji-sebiji. Pukul lagi hingga kembang.
4. Perlahankan mesin, masukkan bancuhan susu pekat, putar perlahan hingga sebati, berhentikan mesin.
5. Masukkan campuran tepung gandum dan serbuk penaik, gaul sebati dengan senduk kayu @ spatula.
6. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Satu bahagian dicampur dengan strawberry emulco dan pewarna pink @ merah. Satu bahagian dicampur dengan coklat emulco dan satu bahagian lagi dicampur dengan oren sunquick (boleh juga dibiar begitu saja)
7. Sudukan setiap satu dengan saiz sudu kecil ke dalam cupcakes liner. Letakkan cip coklat 4 ~ 5 butir di atsnya. Pusingkan adunan dalam cupcakes liner dengan menggunakan cop stick bagi membentuk corak.
8. Bakar selama 20 ~ 25 minit.
SELAMAT MENCUBA
kikiiiki....akak...kalu dau jangkit susah nak pulih ni..hehehe..mmg nmpak gebu giler dan cantik warne warni.mcm nak godek je buat mafinni...
ReplyDeletewah kak, warna warni la, sukanya tengok, gebuss plak....
ReplyDeletesedapnya...
ReplyDelete=)
terasa lapar lak.
salam yus
ReplyDeletememang menggoda jantung hati ku..nampak sedap sangat..ngences.
nyum3... kwn2, betul ni.. mmg sdap muffin ni, rasanya nilah muffin yg pling sdap skali.. hik2
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletewah kecur liur tgk muffin gebu2 & colourful tu!! jgn kata budak2, kita2 yg tgk pun geram hehe.. nice blog anyway :)
terima kasih just me, trylah buat muffin tu, mmg sedap tau..
ReplyDeleteSedapnya. color pun menarik. thanks share recipe
ReplyDeletecara edit video
cara buat video
production house in malaysia
cara buat video