RAATCHASAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

Assalamualaikum...

MALAM tadi Sk berpeluang menonton filem tamil yang bertajuk Raatchasan (Ratsasan). Sebenarnya di rumah Sk ni memang tiap malam pun Encik Rizar tengok cerita tamil 😂😂😂 kalau ada mood tu Sk join sekali.  Kalau tak,  Sk buka tv dalam bilik aje,  pasang movie atau tengoklah apa-apa cerita yang menarik.  Jadi,  malam tadi datanglah pulak mood nak tengok filem tamil,  dari siang sebenarnya layan tamil tapi banyak tv tengok Sk dari Sk tengok tv.. Kui kui.

Kenapa Sk nak review filem yang terbit Oktober 2018 dan sudah habis ditayangkan di panggung pulak,  kan?  Sebab Sk tahu ramai kawan Sk yang suka filem tamil tapi tak berpeluang nak menonton di panggung.  Nak dapatkan dvd nya tu memang kadang tak teringat,  kan.  Begitu juga kalau nak tonton online, tak tahu mana satu yang best,  jadi Sk rekomen anda untuk menonton filem ini terutamanya jika anda menyukai genre thriller,  suspens dan seram.

Jom baca sinopsis dulu.. 


Sinopsis :

Raatchasan mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Arun yang bercita-cita menjadi pengarah filem. Arun sangat berminat untuk mengarah filem berunsurkan psiko thriller dan pembunuhan bersiri. Oleh sebab itu,  Arun mengumpul banyak keratan akhbar dan mengkaji tentang kisah-kisah pembunuhan yang pernah berlaku untuk memberi idea kepada filem yang bakal diarahkannya.  Namun hasratnya terbantut apabila kebanyakan penerbit tidak berminat untuk membuat filem sebegitu.

Arun yang merupakan anak kepada bekas pegawai polis kemudiannya dipaksa untuk meninggalkan cita-cita dan meneruskan legasi bapanya. Dengan mudah dia mendapat jawatan sebagai pegawai penyiasat di sebuah balai polis berhampiran yang mana abang iparnya turut merupakan pegawai polis di balai yang sama.  

Sementara itu,  berlaku kejadian culik dan pembunuhan kejam melibatkan dua gadis berusia 15 tahun yang disyakki dilakukan orang yang sama. Arun mula menangkap teori-teori pembunuhan dan memberitahu pegawai atasannya namun pendapat Arun tidak diterima langsung.  Ini memaksa Arun melakukan penyiasatan sendiri kerana berasa teorinya betul sehinggalah anak saudaranya,  Ammu menjadi mangsa penculikan tersebut. 

Apakah motif penculikan dan mengapa penculik itu membunuh? 

Adakah Ammu akan terselamat dari menjadi mangsa pembunuhan? 

Dapatkah Arun menyelesaikan misteri di sebalik pembunuhan dan siapakah sebenarnya dalang di sebalik kejadian? 

Haaa..  Tu nak best kenalah tengok sendiri walaupun jawapannya dah bocor,  hehehe. 


Vishnu Vishal sangat cool dan gentleman dalam filem ini digandingkan dengan Amala Paul.  Paling rare tiada adegan tari menari atau percintaan melibatkan keduanya sepertimana kebanyakan filem tamil yang biasa Sk tonton. 


Amala Paul membawa watak guru kepada mangsa dan ternyata dia banyak membantu Arun sehingga berjaya menjejaki pembunuh.  

Sk sukakan pergerakan cerita ini yang tidak terlalu laju dan  agak seimbang sehinggakan Sk langsung tidak mengantuk sepanjang tayangan. Pengarah juga bijak memanupulasi fikiran penonton dengan mewujudkan watak seorang guru lelaki yang psiko dan sering membuli pelajar di dalam kelasnya. 
Fikiran penonton sekali lagi dimanupulasi dengan kemunculan seorang ahli silap mata perempuan yang mengadakan pertunjukan di sekolah-sekolah mangsa. 

Nak tahu kesudahan cerita ini,  kenalah menontonnya sendiri. 
Memang tak rugi tengok. 

😆😆😆

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. assalamualikum Seri
    aduh minat cerita tamil ke ni?
    ehhe kaknoor lama dah tengok movie
    mungkin faktor umur kot semua pun dah tak minat heehee

    ReplyDelete
  2. Perghhh betulbetul depaavali ni..
    Kita tak tengok pun, duk sibuk pi beraya kat Festival Thai Food hahahaha

    ReplyDelete
  3. caya lah kak seri satu hari tengok cite tamil..macam best pulak cerita raatchasan ni, nak kena cari ke ni?

    ReplyDelete
  4. Cerita tamil r hindustan ni masa tayangannya panjang
    Tu yang lebih banyak masa tv tenguk kita.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!