MAKAN DI THIRD JUNCTION CAFE

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum...


SESUAI dengan kedudukannya di Simpang Tiga, kafe dengan gaya ala Roman ini dinamakan Third Junction Cafe. Kami makan di sini, beberapa minggu lepas semasa mencari tempat makan. Mood memasak memang meredum masa tu lebih-lebih lagi bila dah masuk hujung minggu, huhuhuhu.


Mematuhi SOP, daftar masuk dahulu melalui MySejahtera, ambil suhu badan, barulah kami dibenarkan masuk. Kagum seketika melihat dekorasi dalaman kafe dengan binaan tingkap gaya Eropah seolah-olah kita berada di luar negeri. Jarak dari meja ke meja agak jauh membuatkan suasana begitu sunyi dan lengang walaupun sebenarnya setiap meja diduduki pelanggan.


Sk memesan Kopi Vietnam. Sejujurnya Sk tak sukakan kopi yang telah suam tetapi sebab nak minum dalam cawan tu dengan tapis kopi masih di atasnya, kita layan ajelah. Bak kata Iman, minum sikit-sikit, feeling macam orang kaya minum di Coffee House, hahaha.


Iman pesan satu set Sangkaya Pandan. Roti kukus dicelup dalam sos kaya berperisa pandan ni sebenarnya mengingatkan Sk dan Pak Inche peristiwa keracunan makanan gara-gara diberi roti yang mungkin sudah tamat tempoh ketika makan di sebuah kafe (nama dirahsiakan) tahun lepas. Sampai demam-demam, malas Sk nak tulis, huhu. Fobia jugak nak makan tapi Alhamdulillah, tak ada sakit perut esoknya lepas makan di sini. 


Selain roti, Iman pesan juga Nasi Putih bersama Salted Egg Squid. Sekarang ni Iman memang hantu betul dengan Sotong Telur Masin ni, kalau ada, mesti dia nak order.  Masakannya memang sedap, tak mengecewakan.


Staf kedai ni offer kami order Buttermilk Salted Egg ni. Dia suruh cuba sebab ini adalah signature dish kat 3rd Junction Cafe. Kami cakap, dah order salted egg squid atas tu, tapi dia kata, tak sama.. yg ni buttermilk. Oh, memang lain, yang ni macam lebih gebu dan lemak, haha.


Lepas masukkan order Buttermilk Salted Egg tu, dia datang lagi, bagitahu, bil kami kalau tambah lagi RM3, nanti dapat mangkuk tingkat. RM3 aje, kan.. jadi Pak Inche pesan semangkuk Ice Jelly ni, yang ni RM5.50 kot tak silap. Baik punya marketing budak tu, huhu.


Sk macam biasalah, order makanan yang simple aje sebab nak tolong Iman makan Sangkaya tu jugak, kan. Kegemaran SK, Kek Lobak Goreng, tapi yang ni tak berapa sedap la.. sebab ia agak terlalu kering. Sedap lagi makan kat Budak Siew Mai tu.


Sementara makanan belum sampai, belek-belek la handphone tu, kan. Eh, tapi kami borak-borak jugak tau, terutama kalau ada cerita pasal kucing, hahaha.


Ops, bukan satu rupanya pesanan Sk tapi dua, hahaha. Ini Toast with Meat Loaf. Siap ada tumbuh pokok atas tu. Ni makan sama-sama ngan Pak Inche, tapi Sk la yang makan banyak pasal Pak Inche ada pesan nasi ngan lauk kari ayam jugak kot. Ada satu lagi makanan dia, SK pun lupa apo, huhu.


Puuuuunyalah banyak menu yang ada di kafe ni. Dah macam baca buku sejarah pulak. Pelbagai sajian ada di sini, dari menu kopitiam, ice bowl, Mykori, western, siam... semuaaaaaaaaaaa ada. Tak pastilah adakah semua menu tu memang ada jika dipesan tapi semua apa yang kami pesan, sampai ke meja dengan cargas dan pantas.

Lain kali kita datang lagi ya cuba menu lain pulak.

Third Junction Cafe

181, Jalan Kenanga 29/4, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor

Telefon 07 6656507

Buka setiap hari 12 pm hingga 12 am




Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. lama betul tak pekena ice jelly. jarang rasanya jumpa ice jelly sekarang ni..ke tak tau mana tempat ada jual ice jelly..

    ReplyDelete
  2. Iman dan nasi memang tak dapat dipisahkan Bagai irama dan lagu.hahah

    ReplyDelete
  3. buttermilk salted egg tu maksudnya dia gabungkan buttermilk dengan salted egg sekali ek..perghhh sebut je da kecur

    ReplyDelete

  4. permainan poker dengan pelayanan CS yang ramah dan terbaik hanya di IONQQ :D
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
  5. haha..iman byk je idea eh..minum kopi cara org kaya..hahaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!