Assalamualaikum WBT
SEMALAM, Iman kata, nak makan Murtabak Cheese. Boleh tak bonda beli Murtabak Cheese Kampung Kurnia tu, lama tak makan.
Bolehhhhhh!
Pukul 3.30 Sk keluar ke Kampung Kurnia, jaraknya 10 minit dari pejabat. Macam biasa, dorang memang dah standby murtabak yang dah siap bungkus. Ni nanti kalau waktu balik berebut, kan.. jadi, kita pergi awal sikit. Pun dah habis rupanya Murtabak Daging Cheese. Yang tinggal kambing dan ayam.
Ada tiga perisa inti iaitu daging, ayam dan kambing. Pilih nak yang biasa-biasa intinya, dua kali ganda intinya (special) atau berganda-ganda-ganda intinya (jumbo). Kalau suka cheese dalam murtabak atau nak letak cheese banyak-banyak pun boleh. Tepuk dada tanya selera.
Harga makanan sekarang memang dah tak ada kasih-sayang dah. Janganlah pulak minta menu rahmah kat sini. Oh, baru perasan ada inti udang.
Beli Dodol Makndak pek mini ni dua biji. Makndak ni, kawan sekolah rendah Sk tau. Atlit sekolah, terror segala permainan batu seremban, ceper, Zero Point, memang bagi kat dia la. Sekarang pengusaha dodol di Pontian. Makndak atau nama sebenarnya Halinda, cerita pada Sk, dulu dia belajar di Pusat Latihan Kemahiran (PLK) bidang Penyediaan Makanan. PLK tu la sekarang ni Kolej Kemahiran Johor (KKJ) tempat Sk cari rezeki.
Tapau dua keping, satu Special Cheese Kambing (RM26), satu Murtabak Daging Biasa (RM10) sebab Pak Inche tak suka makanan ada cheese kecuali dessert. Saiz murtabak lebih kurang dua pertiga kertas A4 yang dipotong memanjang.
Terus hidang dalam pinggan masing-masing aje senang. Sk bahagi dua murtabak cheese dengan Iman. Pak Inche punya, Sk lipat dua aje. Murtabak biasa nipis sikit dari Murtabak Cheese tapi telur dan daging melimpah. Sebelum makan tu, panaskan sekejap. Murtabak datang bersama kuah dalca yang pekat dan hirisan timun yang digaul dalam sos cili. Seingat Sk, di Johor dulu-dulu-dulu, murtabak memang makan dengan kuah dhal dan timun bersos cili tu. Sekarang ni aje dah ada jual Murtabak Kuah Bawang Stail Utara.
Mula tu, risau jugaklah kena scam dengan Pak Majid, hahaha. Terus carikkan bahagian tengah murtabak tu nak tengok cheesenya. Pengalaman pertama Sk makan Murtabak Majid boleh baca DI SINI.
Puas hati, penuh inti kambing dan penuh cheese jugak. Memang sedap sangat ya Murtabak Cheese Kampung Kurnia ni ya. Pernah juga Sk cuba murtabak cheese kat tempat lain tapi rasanya sini juga yang puas hati makan.
Baru cakap dengan Iman, nak pergi Angsana Mall beli kurma, kelmarin Pak Inche bawa balik kurma sekotak kecik pemberian Huda. Huda bagi lagi sepeket kecil beras basmathi. Yang hari tu dah buat masak Nasi Ayam Hainan, kali ni kita buat nasi arab lemak pulak la... Terima kasih, Huda.
Nasib baik murtabak betul-betul ada keju tarik.
ReplyDeleteSekarang murtavak ada macam-macam jenis. Suka kuah ada bawang warna merah. Dahulu masa kecil-kecil tidak suka sekarang suka tapi susah jumpa pula.
Sy dah kahwin baru tahu ada orang makan murtabak dgn kuah bawang, hihi.
Deletetengok murtabak dah dapat rasa bau ramadhan makin dekat...tapi murtabak param xada yg special mcm ni,agaknya brp la harga murtabak bln puasa nnt...
ReplyDeleteBulan puasa kena hari2 ada murtabak. Jumpa yg best sanggup beratur 2 kilometer, hihi
Deletewaduhh murtabak cheese melekat tu namanya., hehe
ReplyDeletebetul wak, tarik 100 meter baru putus, hahaha.
DeleteBulan puasa nanti bertambah bz la dia....
ReplyDeletebetul tu, uncle.
DeleteTudiaaaa...kambing + cheese...Apa nak kata...makan sambil pejam mata laa...telioq
ReplyDeletemantul, MC!
DeleteMenjadi zikirnya ya SK! Baru sebut kurma PI bawa balik sekotak kecil!
ReplyDelete