Assalamualaikum WBT
NAMPAKNYA ada yang rindu kampung, kita layanlah sempena Cuti Maulid yang jatuh pada hari Khamis (semalam).
Bertolak lebih kurang jam 1.30 pagi sebab Pak Inche bertugas di stadium malam tu. Singgah R&R Pagoh, laparrrr.
Beli Roti Arab cicah Kuah Kari Kambing (RM 6.90/set) di Gerai Mami Combi. Iman tak mahu makan. Kemudian berhenti lelap mata sekejap di R&R Seremban. Kali ni gerak santai-santai jer, tak bercadang untuk singgah tidur di hotel bajet. Sampai Sungai Buloh, ngam masuk waktu Subuh, kemudian tunggu Pak Inche buat story bola sebelum teruskan perjalanan ke utara.
Tuan Tanah Kedaung ambil alih pemanduan dari Tanjung Malim dan kami singgah Kuala Kangsar bersarapan. Sk sarapan Mee Kari, kuahnya ceroi sungguh tapi berasa. Mungkin tak sedap bagi setengah orang tapi Sk habiskan jugak.
Dua beranak ni makan Nasi Lemak. Iman makan nasi lemak biasa, Pak Inche makan nasi lemak sambal sotong kering. Dua-dua ada telur mata sebiji. Agaknya gerai ni terletak tepi sungai ke sampai nasi lemak lembik dan kuah mee kari ceroi 🤭. Jumlah semua RM27.
Pak Inche tempah hotel di Sungai Petani, nak daftar masuk pun lambat lagi, kan.. kita pergi tengok rumah Kuala Ketil dulu laaa. Nampak Pulut Udang Temakah dah buka, beli 10 ketul dan ada Kuih Tepung Bungkus juga, beli 6 ketul. Kakak jual ni bagi lebih satu pulut udang dan tepung bungkus.
Makan tengahari di Hashim Ikan Bakar, Kuala Ketil. Suka makan di sini sebab ada banyak lauk kampung serta ikan dan ayam bakar.
Nasi Putih 3
Kerabu Taugeh
Rebung Masak Lemak
Sup Tulang semangkuk (tak habis sebab daging liat)
Ulam & Sambal Belacan
Ikan Caru Bakar Sambal Kelapa seekor
Ikan Pari Bakar sepotong
Ayam Bakar seketul
Ais Limau 5
Jumlah RM51
Lepas makan nasi, terus cuci mulut dengan kuih tepung bungkuih.. Burppp.. Alhamdulillah!
Wah..ada orang balik kampung..tau2 dah sampai sana erk...takpe la kita cuti dah abis..ntah bila nak pi berjalan lagi..tunggu cuti baru masuk la..haha
ReplyDeleteOrang utara dah balik kampung di selatan.
ReplyDeleteSekarang giliran orang selatan balik kampung di utara pulak 😁
sedap nampak roti arab tu
ReplyDeleteKuah mi kari nampak ceroi sampai jelas kelihatan segala aksesorinya ye SK.
ReplyDelete