Assalamualaikum WBT
DALAM perjalanan balik kerja Rabu lepas, masa lalu di persimpangan lampu isyarat Bandar Baru Kangkar Pulai, rasa tayar kereta semacam. Macam tak berapa nak stabil. Sampai rumah, laaa.. memang pancit tayar belakang tu, tapi angin masih banyak.
Mujur belum kempis habis. Abaikan tayar berlapuk, lama giler tak bawa kereta mandi buih ðŸ¤. Sk dah mula panik bila Iman beritahu kedai tayar biasa tutup pukul 6. Masa tu dah 6.10 minit. Paksa dia teman pergi kedai tayar, berdua lebih baik gitu. Sk memandu menghala ke Pulai Mutiara, sana banyak kedai perkhidmatan kenderaan, harap masih buka lagi.
Lega bila nampak kedai tayar yang masih dibuka.
Dulu-dulu, kalau tayar pancit, pekerja akan buka tayar dan rendam dalam kolah untuk cari mana bocor. Sekarang, pancit-pancit dengan air sabun je.
Dah agak dah puncanya, paku! Bukan satu tapi tiga rasanya. Tapi, cuma sebatang yang bagi kesan bocor tu. Mana dapat tataw, mungkinkah dekat nursery masa beli pokok bunga ros hari tu. Itu laaa.. bukan senang nak dapat pahala ðŸ¤. Oh, harga tampal tayar, cuma RM6 sahaja.
Penduduk Pulai yang perlukan khidmat servis tayar atau sebagainya berkaitan tayar, bolehlah datang ke alamat yang tertera atau jika ada kecemasan dan pertanyaan, boleh hubungi Pin atau Khoo. Lega sangat bila dah ada kedai tayar dekat dengan rumah.
Sebelum ni, sampai terpaksa pergi Taman Universiti.
Mujurlah perasan tayar pancit. Kalau tak, macam mana nak pergi kerja hari ni???
ðŸ¤
Alhamdulillah, selesai masalah.
ReplyDeleteTengok gambar yang SA kongsi teringat kami sewa kereta cuti bulan 5-6 lepas, tiga kali pancit!
Haa.. sy ingat Kak Amie cerita dlm blog.
DeleteDugaan buat SK. Nasib baik ada kedai tayar yg masih bukak boleh tampal tayar yg bocor.
ReplyDeleteItulah, Carneyz. Mujur cuma bocor.
DeleteSekarang ni dah banyak nau paku kat atas jalan raya.
ReplyDeleteAnak wak pun baru kena
Teringat tayar Dania pancit kena paku x sampai sebulan pakai bulan 3 hari tu..memang bila pakai kereta ni kena standby benda2 kecemasan macam ni kan...Adakala orang dengki tabur paku kan jalan..kat Seremban ni ada kes..tiba2 banyak paku kat jalan..for sure ada yang jadi mangsa..selalu beralku kat jalan yang berdekatan dengan workshop
ReplyDeleteAlhamdulilah selamat tiada apa2 kemalangan
ReplyDelete