Assalamualaikum WBT
SEKEJAP sahaja dah 7 Syawal. Ramai yang dah meninggalkan kampung halaman untuk kembali bertugas esok. Iman pun dah balik ke kolej tadi, tinggallah Sk dan Pak Inche berdua bersama 7 ekor kucing kesayangan kami. Esok, Sk ambil cuti lagi sehari, saja nak berehat-rehat sebelum memulakan tugas hari selasa nanti.
Alhamdulillah, kami selamat sampai ke Tanah Jauhar sebelum tengah malam, malam tadi. Pagi ni kalau ikutkan rasa nak qada tidur lepas subuh sampai tengahari tapi tak sampai hati bila perut sendiri yang menjerit-jerit kelaparan, hahahahah.
Nampak sebungkus bihun atas kabinet, terus buka dan rendam separuh dalam besen, maka terjadilah bihun goreng.
Lepas Zuhur, keluar.. PI ada urusan. Kemudian kami makan nasi daun pisang di Ashoka Curry House.
Balik tu, kami singgah beli lemang di Taman Sri Pulai Perdana. Dinner kami malam ni, lemang cicah Rendang Daging raya.
Rendang Daging, ada lagi sebekas Sk sejuk bekukan, kot la nak mengulang melodeh lagi kan, Sambal Cengeng pun ada. Raya sebulan katanya, hehehehe.
Cantik warna bihun gorengnya tu SK.
ReplyDeleteMewah udang mi nya!
ReplyDeleteTerus kita rasa nak buat bihun goreng jugak la..nak cari udang besor2..eh...tapi kita batuk..mana bleh makan udang
ReplyDeletesemalam kami sarapan roti canai mamak aje... malas masak...
ReplyDeleteSedap pulak nampak bihun tu
ReplyDelete