SAMBAL UDANG KAYANGAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT 


SK ada cerita sebelum ni, hari ahad lepas, PI ajak pergi pasar tani. Tujuannya nak beli udang (laut) dan petai, nak makan sambal udang bubuh petai banyak-banyak, katanya. Sebelum ni, PI dah beli udang laut untuk masak sambal petai tapi tak sempat, sebab Sk masukkan dalam mee la, nasi goreng la, hah.. nasib tak marah PI. Dia memang suka la kalau udang ke, sotong ke, apa-apalah habis, sebab ada alasan dia ke pasar. Tatawlah anak mak mentua ni suka sangat pergi pasar. Kalau boleh tiap-tiap minggu dia nak top up barang mentah padahal bininya pemalas nak masak, huhuhu.


Tak pasti berapa harga sekilo tapi selepas timbang, RM57.xx, penjual kata bayar RM56 aje. Udang dalam 15 ekor kot, ada besar, ada sederhana. Lepas tu beli petai sebungkus, RM12.



Petai tu Sk belah dua, mula nak simpan separuh lepas tu teringat PI suruh masukkan semua, hahahaha. 


Gambar sambil masak ni, lepas dah hidang nak makan tu, malas pulak nak ambil gambar, makin menjadi-jadi pemalasnya sekarang, hurmmm. 
Memang makan satu lauk aje ni, telur dadar ke, telur mata ke, tak buat. Tapi, taklah habis sekali makan, simpan sepertiga untuk makan malam esoknya, dan tambah Tauhu Goreng cicah sambal kicap. Tak habis jugak, tinggal lima ekor lagi, malam ni la habiskan, huhuhu. 

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Macam tau-tau je SA tgh craving udang sambal petai..SA ada beli udang besar2 gak..tapi x masak lagi...petai x beli lagi...weekend ingat nak masak tapi sabtu ahad orang cat rumah...x kan nak masak kan...

    ReplyDelete
  2. Lama tak jumpa petai. Di manalah dia menyorok di LD ni.

    ReplyDelete
  3. Ini menu fav saya laaah 😍😍😍. Udang pakai petai pulaaa. Memang lupa dengan diet yg ada 😅.

    ReplyDelete
  4. sedap tu..menu fav tisya tp petai tk mkn hehe...udang mahal skarng tp kalo kt pasar murah la kot...kita bli kt aeon aritu dlm 10 ekor tk besar sgt dlm rm4.99/gram..dlm belas2 juga la..kalo kt pasar husband ckp dlm rm2.30/gram

    ReplyDelete
  5. Udang saya makan, tapi tak makan petai.. Kalau sambal petai terlalu kuat bau petainya, memang saya tak makan terus.

    ReplyDelete
  6. PH pun skrg mood nak masak lauk pauk tu tertinggal kat kampung kot ahahaha. Yg rajin nak masak menu raya, itu pun hujung minggu ja hikhik ...
    Nanti nak cari udang laut juga, nak menyambal... Kalau rajin :p

    ReplyDelete
  7. Sambal udang letak petai banyak2 mmg favourite ni huhuu.. tak pandang lauk lain dah 😅

    ReplyDelete
  8. Besor udangnya, SK. Sedap, ni! Selera makan nasi. 😋

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!