Assalamualaikum WBT
SEMALAM, kami menghadiri jemputan walimatulurus sepupu Pak Inche, Kak Hajah Badriah dan suaminya Haji Yahya, di Bizmilla Grand Ballroom, Sanctuary Mall, Telok Panglima Garang, Selangor. Ini kali pertama Sk sampai ke Telok Panglima Garang dan ini juga merupakan kenduri pengantin pertama selepas raya yang dapat kami penuhi. Ibu Kak Badriah dan ibu mentua Sk adik-beradik. Mula ingatkan jauhlah TPG ni rupanya dekat aje.
Sedap nasi kenduri dan pelbagai kuih talam disediakan untuk tetamu. Kongsilah makan separuh seorang kuih talam dan sebiji karipap. Lepas tu sambung pulak minum cendol dan teh tarik sebelum balik, hehehe.
Pak Inche dan abang-abang sepupu beliau, hehehe. Yang kiri sekali tu bapak sedara Pak Inche ya. Ni semua saudara belah mak mentua Sk.
Sepupu PI jugak ni.
Bergambar dengan bapak pengantin.
Sk dan Kak Badriah. PI ni kalau ambil gambar memang buat kita jadi penyek.
Hat ni pengantin lama.. hehehe.
SA pun x pernah sampai TPG, ntah bila nak jenjalan meneroka macam dulu2 ntah...cuti pun dah x banyak..ada 15 hari je sampai hujung tahun...awal tahun dah abis 6 hari kan...hahaha...
ReplyDeleteSambil sambut raya sekali dengan kenduri memang sesuai... hehehhe
ReplyDeleteCantik tema dekorasi majlisnya. Macam dalam taman. Telok Panglima Garang ni biasa lalu kalau ke rumah abang saya kat Banting. Ni mesti Pak Inche' ambil gambar dari atas. Tu jadi penyek tu agaknya..hihi..Bertabahlah.
ReplyDeleteManalah gambo pengantinnya
ReplyDeleteNampak cantik, hiasan wedding-nya. Best, memenuhi jemputan kenduri dan jumpa saudara-mara jauh, 2 in 1 la ye, beraya sekali di bulan syawal.
ReplyDelete