Assalamualaikum WBT
PENGINAPAN kami semasa balik kampung hari raya lepas, Park Avenue Hotel. Ini kali ketiga kami menginap di sini. Penginapan sebelum ini boleh baca DI SINI.
Kali ni dapat bilik aras 3, bilik 312. Penginapan di hotel ini termasuk pakej sarapan dan hi tea untuk dua tetamu. Tapi, Sk lupa nak ambil gambar masa hi tea hari pertama. Petang tu, kami dan anak³ beraya di Kuala Ketil, boleh baca DI SINI.
Replika kereta ini diperbuat dari gula, hebat!
Sk suka sarapan di sini sebab ada menu orang lama seperti Serabai dan Pulut Ikan Masin. Sk tambah kelapa parut. Kelapa parut tu sebenarnya condiments untuk ubi, keledek dan keladi rebus.
Ambil Mee Hailam.
English Breakfast is wajib.
Jamah-jamahlah jangan tidak.. nasi lemak ayam rendang, nasi goreng dan kueyteow goreng.
Tudung kena makan iron hotel!
Lunch lepas solat Jumaat di Restoran Pokok Ceri Sungai Petani atas saranan Kak Roz.
Tak silap total semua ni dalam RM31 sahaja. Minuman sirap ais percuma di sini.
Kami tiga beranak jer menginap di Park Avenue, anak² lain menginap di Cinta Sayang Resort. Petang tu, PI ajak semua berkumpul dan hi tea di Park Avenue. Macam dah tak banyak eh menu hi tea kali ni.
Sebelum balik kita ambillah gambar kat tangga ni sebagai kenang-kenangan, entah bila la kan dapat berkumpul lagi.
Rahsia Tuhan yang tak tercapai dek akal bila kita berjodoh dengan seseorang yang pernah gagal dalam perkahwinan sebelumnya.
Gambar hari kedua sarapan sebelum check out, Sk makan peknga dan gulai ikan. Peknga tu lempeng, singkatan dari tempek-tempek di belanga, hehehe. Gulai di Kedah, kari. Kalau gulai di Johor tu merujuk ke asam pedas. Beza memang berbeza ya.
Kena makan kenyang-kenyang sebelum berjalan jauh, hahaha. Ni PI punya pinggan nasi lemak. Dia request telur lenggang. Adik yang buat tu tak faham, Sk beritahu, telur dadar nipis-nipis, hehehe.
Sk makan Lontong.
Iman pun.
Macam tak lengkap pulak kalau tak repeat English Breakfast kat sini. Banyak giler menu buffet breakfast kat Park Avenue ni, nasi lemak, nasi goreng, mee, lontong, kuih-kuih talam, pau, dimsum, pastriesss.. memang puas hati!
Kalau menginap di hotel, masa sarapan pagi tu yang sangat best.
ReplyDeletePeknga tu sedapnya. Di Terengganu, gulai macam Kari juga. Kami di Kuantan jarang2 guna gulai, kalau ada, memang macam Kari.
ReplyDeleteBagusnya menu dia. Selalu hotel sekali breakfast, ini sekali dengan high tea. Memang berbaloi la. Nasi lauk ikan tempoyak ke tu? Ayor asam pun ada. Bapakk..
ReplyDeleteTak pernah sampai sungai petani. Meriah juga menu breakfast hotel tu.
ReplyDeleteIron hotel selalu buat hal kan?
ReplyDeleteAduh terkorban tudung selai huhu...
ReplyDeletePH takut betul guna iron biasa skrg sbb dah terbiasa guna steam iron kan. Padahal dulu² guna je iron biasa tu, lupa daratan ahak 😆
Mesti selesa stay sini kan, dah byk kali repeat tu 👍🏻
syok tido hotel tu....alahai terbakar tudung tu ye
ReplyDeleteSA paling suka breakfast kat hotel...hi-tea macam jarang..ada la sesekali...abis tu tudung terbakar tu pakai tak?sygnya terbakar
ReplyDeletePark Avenue tu lima minit jer dari rumah...tapi kalo jammed makan minit juga...restoran pokok ceri tu wajib pergi kalo melencong ke sungai petani utara...
ReplyDeleteTengok tangga tu teringat hotel Avillion PD. Lebih kurang rupa dia. Mi hailam dia versi tak gaul gitu. Masuk mi dan letak kuah kaedahnya ye. Yang penting lontong tu menggoda.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir batin untuk akak SK sekeluarga. Maaf jika ada salah silap selama kita mengenali di alam maya.