MAKAN MALAM DI KLUANG RAIL COFFEE

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


HARI ini agak busy, hadir dan bertugas sempena Majlis Sambutan Hari Raya syarikat. Dah petang baru dapat bersiaran, hehehe.



Kisah semasa menginap di Concorde Hotel Shah Alam, malam tu kami makan di Kluang Rail Coffee yang terletak di mall bersebelahan hotel iaitu Plaza Shah Alam. Punyalah senang nama dia pun susah nak ingat. Nak ke sini perlu seberang jalan jer tapi tak perlu khuatir kerana ada lampu isyarat dan lintasan pejalan kaki.


Pesan seketul Kaya Bun. Seketul ni dia potong bahagi tiga, Sk makan yang tengah. Kiri kanan PI makan.


Dari puasa selalu mengelat minum air manis, dah macam ketagih gula dah. Setiap kali minum air kosong terasa kehidupan begitu pahit dan hambar. 


PI makan kueyteow goreng. Sedap kueyteow gorengnya makan dengan cili padi potong bubuh kicap cair.


Sk pesan epok-epok atau karipap.  Satu set ada tiga ketul, PI makan setengah ketul, 2 1/2 ketul lagi masuk perut Sk. Itu aje la Sk makan selepas kekenyangan Makan Kari Kepala Ikan Anuar, heheheheh.


Karipap rupa macam ni memang sedap. Kadang karipap lawa pun bukan boleh diharap sangat, hahahaha.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ni kira cawangan dari Kluang tu ye? Rindu nak makan bun kaya. Nanti ke Shah Alam nak singgah sini lah kot sempat. Karipap yang ada gerutu gitu memang sedap lagi daripada yang cantik. hihi...

    ReplyDelete
  2. Oh ada juga cawangannya di Shah Alam ye. Ingatkan kat Kluang je ada.

    ReplyDelete
  3. Karipap indah rupa dari khabar ke tu?

    ReplyDelete
  4. aik..ada cawangan kat Shah Alam...wah..dekat leh la pi nanti...SA pun suka karipap macam tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!