LAKSA JOHOR TERSEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT 


MASA Sk balik dari Kedah tuari, Angah buat Laksa Johor. Angah tanya, nak singgah Senai ke makan dulu? Mula tu memang nak singgah la, sebab dijangka sampai dalam pukul 7 lebih (malam). Tapi, mana mahunya.. dekat pukul 11 malam kot baru sampai. Jadi, Sk mintak Angah tinggalkan kuah aje, mintak frozen-kan.

Spaghetti dan condiments laksa, Sk sediakan sendiri la sebab ambil kuah ni pun dah seminggu kemudian, hahahaha.

Timun, daun selasih, daun kesom dan bawang merah. Sk tak pro lagi bab potong bulat timun nipis-nipis tu. 

Sambal Belacan. Ni cuma lada merah, belacan dan ajinomoto sahaja. Tak letak garam dan gula. Nak makan nanti baru perah limau ikut suka nak masam macam mana.

Buang biji limau siap-siap, makan dua orang sempatlah buang biji limau, hahaha.


Okey dah siap.


Eh, lupa.. taugeh. Taugeh wajib siang kalau nak makan dengan LJ. LJ ni bagi Sk kena tertib sebab asalnya ia makanan orang bangsawan, kan. Jangan ada yang bitter, tapi ini fakta.


Panaskan kuah laksa, ni separuh aje, Angah bagi kuah banyak jugak, sebekas besar. Tak tanya pulak guna ikan apa dan berapa kilo ikannya. Sk tak pernah masak sendiri kuah LJ. Sekarang ni dah senang jugak jumpa orang jual kuah LJ frozen tapi SK pun tak pernah beli.


Ada satu tak ada iaitu chepo atau lobak masin. Nak beli sepeket tu banyak sangat pulak, nak makannya sikit, hehe. Tu yang fikir 18x nak beli ke tak. Punyalah lama berdiri depan rak tu, last-nya tak beli jugak.


Satu hari nanti SK nak buat jugaklah kuah LJ ni sendiri. Tapi kena cari mambang duluuuuuuuu! Hahahahaha. Sebenarnya sampai sekarang, kan.. Sk tak boleh move on masa makan LJ kat rumah Arwah Pak Andak. Rumah Pak Andak ni terbahagi kepada dua bahagian, bahagian atas dan bawah yang dihubungkan tangga kayu yang tinggi. Kami makan tepi tangga kayu tu. Bagi Sk, kuah LJ Arwah Mak Andak antara yang sedap Sk makan, dalamnya ada udang hidup seketul-seketul. Eh, bukan udangnya hidup lagi, maksudnya udang biasa la, bukan udang kering. Udang kering dikisar dalam kuah laksa. Udang comel-comel tu adik Sk susun dekat tepi pinggan lepas tu ada makcik tu tegur, tak makan udang ke? Mesti dia ingat, adik tak makan udang, haha. Biasalah, budak-budak, kan, benda pulak jarang jumpa, memang simpan buat makan last, hahahaha.


Siap bawa bekal lagi tu esoknya. Syukur.. Alhamdulillah. Terima kasih, Angahku. Sedap betul, ya. Masa makan malam tu pun PI siap bertambah satu chap (spaghetti). Sk, jangan ditanya, kompom menambah juge!

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Betul-betul ikut tertib laksa Johor ni Sk, mi spageti siap bersimpul sopan :)
    Seumur hidup, baru sekali saya try buat laksa Johor.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya laksa Johor...dalam family SA, Biras SA je selalu buat...SA nak belajar la nanti..

    ReplyDelete
  3. Dalam banyak -banyak laksa kat Malaysia, laksa ini je dana tak pernah masak lagi kak. Derhaka betul orang johor ni kan. hahahahha
    sedap nengok bila dah terhidang tu kak oi

    ReplyDelete
  4. Baik laksa Johor mahupun laksa Utara, tak kena dengan tekak saya. Saya hanya boleh terima laksa Sarawak.. Hihi, susahlah nak jadi reviewer makanan macam ni..

    ReplyDelete
  5. Cantiknya, food presentation SK. Saya dah lama tak makan laksa johor ni.
    Bukan budak je, orang tua pun ada letak tepi, save the best for last. :D

    ReplyDelete
  6. sedapnya..MA suka tapi tu la, x pernah buat lagi..tlg ibu buat selalu la

    ReplyDelete
  7. Baru je makan laksa johor ni raya pertama hari tu kat rumah cousin husband.

    ReplyDelete
  8. Sana sini selalu terdengar orang kata laksa Johor sedap. Nantilah, tunggulah ada kesempatan emang nak makan laksa Johor puas-puas!

    ReplyDelete
  9. Cuma laksa Johor ini yg saya blm coba kak. Masih penasaran sangaaat sangat. 😍😍. Laksa Penang, Melaka, Sarawak, sudah semua. Di KL di manalah ya agaknya cari LJ yg otentik dan sedap. Sept ini nak ke KL. Kalo ke Johor memang lah masih lama sangat agaknya 😄

    ReplyDelete
  10. sedap tu..fav laksa johor..nasibaik potluck raya aritu ada menu laksa johor

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!