MAKAN KENDURI DI D'HIJRAH RESIDENCE

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


SABTU lepas, Sk dan PI memenuhi jemputan Walimatulurus rakan blogger Mama Maszull sempena majlis resepsi anak bongsu mama, Shazwane dan pasangannya Firdaus. Dari rumah, pukul 2 petang, kami sampai kira-kira 40 minit kemudian, padahal dekat aje tu, Pekan Nanas. Puncanya, waze membawa kami ikut jalan dalam yang berliku-liku mengikut taman perumahan. Tu takpa, dua kali terserempak dengan khemah depan rumah orang, maklumlah, bulan Syawal ni ramai yang buat open house.


Akhirnya sampai ke lokasi, D'Hijrah Residence, cantik sangat tempatnya, ada beberapa chalet tradisional dan moden dengan sebuah kolam renang. Sampai-sampai, terus jumpa mama yang sedang sibuk membahagikan bunga telur dari bunga pahar. Langkah kanan la, mama terus menghulur dua tangkai bunga telur ke tangan Sk, hehehe.

Lepas tu, kami terus menikmati jamuan yang disediakan untuk tetamu, Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Daging Beriani, Dalca dan Acar Jelatah. Untuk dessert ada bubur kacang dan tiga empat jenis kuih talam. Minumannya pulak, ada kordial oren dan sirap serta teh o panas. PI suka sangat sebab dalam dalca ada banyak cekerrrr, hehehehe.


Sebelum balik, kita selfi la dengan mama yang cantik memakai cekak cucuk sanggul. Sk kenal mama melalui blog, tapi tu la, dah bersarang blog mama ni, hihi. Sk masih ingat lagi masa perkahwinan anak mama sebelum ni begitu meriah ianya dibuat di sebelah malam, boleh baca DI SINI.


Kelakarnya masa balik, mama bagi 8 goodies berupa telur pindang dan teh uncang letak atas papan telur ni, senang bawa, kata mama.


Telur pindang tu asalnya dalam bungkusan tu dan dikepil dengan teh uncang. Sk asingkan dan keluarkan telur tu, bila kira semua sekali, nahhh 10 biji telur campur dua biji dari bunga telur yang dapat masa baru sampai tu. Sk dah makan dua biji, bakinya bawa pergi ke office hari ni, kongsi dengan kawan-kawan. Syukur, Alhamdulillah. 

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. lama tk pi kenduri..cantik dpt bunga telur yg kt pahar tu

    ReplyDelete
  2. Sedapnya makan nasi kenduri kahwin. Minggu lepas baru makan, anak buah belah isteri kahwin.

    ReplyDelete
  3. I like telur pindang!

    Ehem... Jom baca blog uncle tarikh 21 April 2025... Ada sikit pencapaian peribadi uncle nak kongsi... JOM?

    ReplyDelete
  4. Sana sini citer kenduri kahwin, open house..terus kita teringin makan kenduri ha...takpe 3 May nanti anak sedara nikah...bleh la pi makan nasi kenduri...

    ReplyDelete
  5. Sekarang meriah musim open dan kenduri kahwin sana sini. Sedapnya dapat makan nasi minyak. Dia punya gift pun, wahh bestnya dapat telur pindang. Favourite!

    ReplyDelete
  6. Menariknya makan beralas & telur pindang tuuuuuuuu...mana nak cari ni

    ReplyDelete
  7. Sukaaa sangat saya telur pindang ini. Kadang teringin juga nak hadir di acara wedding Malaysia begini. Krn nampaknya agak berbeda dengan kebiasaan di sini.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!