MENGINAP 2H1M DI CONCORDE HOTEL SHAH ALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
15

 Assalamualaikum WBT 


BUAT kesekian kalinya, kami menginap di Concorde Hotel Shah Alam ketika hendak menghadiri Majlis Walimatulurus Kak Badriah, sepupu Pak Inche di Telok Panglima Garang, minggu lepas. Dekat aje rupanya Telok Panglima Garang dengan Shah Alam, kira-kira setengah jam perjalanan sahaja. Sk ni mati-matilah ingat TPG ni dekat dengan Kuala Selangor, hehehe.


Dapat bilik aras 9 no 930. 


Gambar semasa bersarapan pulak yang masuk dulu, malas pulak nak buang dan masukkan semula gambar, kita layanlah menu yang menjadi pilihan Sk semasa buffet breakfast.


Western breakfast.


Jamah jangan tidak.. nasi lemak ayam rendang dan mee goreng mamak.


Roti canai dan capati dengan kari ayam dan dalca. Roti canai ditebar dari live station, capati tu capati frozen. Ada roti jala jugak.


Mengopi pulak. Ambil Cafe Latte, biskut nenas dan pastries.


Selalu duduk sini dapat pemandangan Masjid Shah Alam kali ni dapat pemandangan perumahan penduduk Shah Alam dan kolam renang.


Sebelah ni mall (alamak, lupa pulak nama mall)


Rumah penduduk. Malam tu, Sk tidur dalam pukul 10 lebih dekat 11 malam. Tengah sedap dibuai mimpi tiba-tiba dengar bunyi dentuman kuat diikuti cahaya terang-benderang. Terus terbayang bom ke, kilat petir ke.. meloncat terus kami dari katil, rupa-rupanya dorang bakar bunga api besar dekat taman sebelah hotel, macam betul-betul tepi tingkap impak dia. Pukul 12 malam ya. Dia ingat macam Tahun Baru Cina ke, tu dorang punya adat, memang bakar 12 malam, sabar aje la.


Katil bersaiz raja.


Sk rasa macam kurang sikit bilik ni berbanding dengan bilik yang biasa kami duduk di Concorde ni. Bukan bilik saja yang kurang ya, buffet sarapan pun dah tak best macam dulu.


Bolehlah lepak-lepak kat sofa ni tapi baring kat katil lagi best, hehehehe. Esoknya check out pukul 11.45am dan terus pergi MAKAN KENDURI DI TELOK PANGLIMA GARANG.

Post a Comment

15Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. concorde hotel ni buffet lunch dan dinner dia best...ada macam- macam...

    ReplyDelete
  2. Teluk Panglima Garang tu kampungnya Kakak Suami, mesti ke sana kalau balik Klang. Lama juga teringin nak stay sini, tapi tu lerr, Laki suka nau stay kat DT tu ermmm

    ReplyDelete
  3. syok die dok hotel lg....aah dkt klang je lokasi teluk panglima garang tu..kalo kuala sgor mmg jauh la dr shah alam :)

    ReplyDelete
  4. Bilik cantik breakfast pun sedapp ... tak pernah lagi check ini hotel ni..

    ReplyDelete
  5. Shah Alam-Banting tak jauh sangat. Tak pernah lagi menginap di Hotel ni. 2 minggu berturut-turut akan pergi Shah Alam juga ada open house dan kenduri kahwin. Tido hotel best juga dapat rehat kan.

    Aduhaiii..mahunya tak terkejut tengah tidur bunyi kuat macam tu. Musim raya begitulah suasananya. Sabar je lah.

    ReplyDelete
  6. Comel jew biskut nanas tu. Sedap kan SK.
    Sebut pasal Hotel Concorde ni, dulu kalau hendak balik ke Sabah, selalu menginap di Hotel Concorde dekat KLIA1 tu, tapi beberapa tahun ini sudah ditutup. Tak tahulah kalau sudah dibuka semula.

    ReplyDelete
  7. Tertarik pula tengok biskut nenas tu :)
    Best datang makan kenduri esp tempat yg belum pernah sampai

    ReplyDelete
  8. Saya pun tak paham kenapa orang kena bakor mercun kul 12 malam. Suka sangat tengok orang terkejut gamaknya.
    Walaupun SK kata buffet dia sudah kurang best, tapi saya yang tengok gambor makanan masa tengah puasa ni, telan juga ailio. :D

    ReplyDelete
  9. Masih ada lagi ye Concorde Shah Alam. Lama juga hotel ni, dari saya belajar dulu dah ada.

    ReplyDelete
  10. Hotel ni kira level 'otai' kat sana....

    ReplyDelete
  11. Katil bersaiz raja...ooh, katil king size 😂

    Biasa kalau ke Shah Alam saya menginap di De Palma. Bilik dan makan sarapannya pun biasa-biasa je.

    ReplyDelete
  12. Pernah high tea di Concorde dulu sekali dengan kawan2 ITM, tak pernah menginap. Antara hotel tersohor kan di Shah Alam.

    ReplyDelete
  13. Agak sayang juga kalo buffet menu dah tak SE best dulu ya. Tapi saya teringin juga nak stay sana. Termasuk hotel yg lama berdiri kan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!