HARI RAYA KEDUA

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT 



TERLUPA nak bermaaf-maafan di pagi Syawal, sesi bermaafan dibuat pada hari raya kedua. 


Semoga Allah swt mengampunkan segala dosa kita dan menerima segala amalan yang kita lakukan sebagai hamba-Nya.


Janji apa tah masa ni.


Kemahen suka dapat duit raya.


Raya kedua tema purple atas perbincangan Iman dan sepupusssss tapi PI tak ada baju purple. Dah sediakan kurta putih tapi dia nak pakai t-shirt jugak, Sk malas nak paksa. Sk tak beli baju baru, tudung jer baru. Kenapa tah tahun ni tak semangat nak beli baju baru.


Gambar dengan Cik Lang, kucing paling senior, hehehe. Tahun ke 10 kot beraya dengan Cik Lang, kami panggil Elang.


Gambar dengan Cikwa pulak. 


Cikwa kata, ibu pesan kalau balik Johor, kena tidur rumah semua adik-beradik bergilir-gilir, hehehe.


Plan raya kedua berhari raya di rumah Cik Ani. Cik Ani masak Nasi Daging dan Laksa Terengganu. Tapi, satu gambar makanan pun tak ingat nak ambil, adeh!


Iman dan sepupu belah Johor.


Gambar serius pulak budak-budak ni.


Terselit Cikwa di situ.


Sk tiga beranak. Cik Ani baru buat feature wall baru.


Kecik jer family belah Johor ni.


Anak cucu Mak Lang datang jugak rumah Cik Ani. Boleh pulak warna tema sama, hehehehe.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kita baju raya 1 syawal je yg baru...syawal seterusnya kita pakai jubah je

    ReplyDelete
  2. walau x ramai tetap meriah kan...psst...feature wall tu mahal x duit pengerasnya...berkenan la kita...

    ReplyDelete
  3. Lawa feature wall Cik Ani tu...
    Pastu PH perasan style tudung SK tu, nice la 🫰🏻
    Tak ramai tp meriah takpe. Best sangat dah tu

    ReplyDelete
  4. Cie pun takde baju baru raya tahun ni. Pakai baju kenduri anak buah tahun lepas je sebab baru sekali pakai. Raya kedua dan seterusnya repeat je baju lama2.

    ReplyDelete
  5. Baju baru tak penting. Yang penting, dapat raya satu family dan jumpa sedara mara yang susah nak jumpa, melainkan raya. Selamat hari raya, SK. Maap zahir batin dari saya, ye. :)

    ReplyDelete
  6. Suka dengan riasan iman. Tipis tapi glowing sangat. Apalagi riasan matanya 👍👍.

    Saya pun suka lupa maaf2an hari pertama kak 🤣. Jadi kdg dibawa ke hari kedua . Tp tahun ini ingat

    ReplyDelete
  7. Bermaaf-maafan pun ada siaran tertunda? Hehehe

    ReplyDelete
  8. Samalah kita SK.
    Terlupa bersalam dan bermaafan di pagi 1 Syawal. Sibuk melayan tetamu Bonda.
    Tema purple menaikkan seri si pemakai.

    ReplyDelete
  9. meriahnya raya kalau sedondon... Saya pun tahun ni beli sepasang je baju raya. Lepas tu balik pahang baju raya yang lain tertinggal. gasak la pakai baju ulang ulang. nasib baik homestay tu ada mesin basuh, basuh pakai tangan, spin pakai mesin, sidai dalam bilik tidur. esok repeat peat peat

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!