MAKAN DI RESTORAN JWD MEE TARIK @ PUTERI HABOUR

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 


NAMPAKNYA hujung minggu ini menjadi cuti panjang bagi warga Johor Darul Takzim apabila Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan hari Isnin, 28 April 2025, sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh rakyat Johor sebagai tanda sokongan padu dan penghargaan terhadap pencapaian cemerlang pasukan JDT. 


Syukurrrr.. Alhamdulillah. Memang ramai yang menanti pengumuman cuti dari MB Johor ni dan akhirnya segala persoalan terjawab.


Baiklah, kali ni Sk nak bawa pembaca ke Restoran JWD Mee Tarik yang baharu dibuka di Puteri Habour. Restoran ni bersebelahan dengan Restoran TKR (Mamak) dan sama bangunan dengan Restoran Zaatar yang Sk pernah kongsikan sebelum ini DI SINI.


Restoran Mee Tarik di JB ni semakin banyak eh bak cendawan tumbuh selepas hujan.


Menu yang ada dan pesanan dibuat secara manual.


Mee Sup Daging Lembu untuk PI dan Mee Tumis Daging Lembu untuk TTK.


PI suruh ambil gambar dia angkat mee, hehehe. Sup dia berasa, nampak PI berpuas hati dan berjaya habiskan semangkuk mee.


Mee Tumis Daging Lembu sedap biasa-biasa, banyak rasa kicap tapi tidaklah mengecewakan.


Ladu Goreng Daging Lembu. Sedappppp!


Ladu goreng dan Mee Tumis. Ladu makan lima ketul aje, yang lebih tu bungkus, tapi yang sedih, boleh tertinggal pulak. Begitulah jika dah tak ada rezeki.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tak pernah mencuba lagi makan di rest mi tarik. Selalu nampak je kat Kl tu ada banyak juga.

    ReplyDelete
  2. Ladu tertinggal tu tandanya nak kena repeat la tu hihi ...

    ReplyDelete
  3. Selalu makan mee tarik warisan asli je..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya, tengok. Lama dah tak makan mi tarik. Alamak, tertinggal pula ladu.

    ReplyDelete
  5. Di KL pun rasanya byk dah tumbuh kedai mee tarik ni...

    ReplyDelete
  6. Jumaat lepas makan kat Sogo, SA half day kan...mulanya nak makan mee tarik..sekali tertuju ke Nasi Padang plak..hahaha...kena pi makan mee tarik gak nanti ni

    ReplyDelete
  7. Mi tarik ini saya suka sebenernya. Di JKT ada beberapa mi tarik Lanzhou. Ntah lah sama atau tak. Tp Krn porsi dia besar, dan mi chewy, kdg letih pula mengunyahnya 🤣

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!