Assalamualaikum WBT
MAKAN tengahari hari ini di International Buffet anjuran pelajar Kursus Penyediaan Makanan Tahap 4.
Hiasan hadapan.
Dengan bayaran sebanyak RM15 sahaja, menu terdiri daripada pembuka selera sehingga pencuci mulut, tentulah berbaloi-baloi.
Sudut Pembuka Selera
Mushroom Soup & Soft Roll
Main Course
Creamy Fettucine Carbonara
Ayam Masak Gulai Thai
Daging Blackpepper
Seabass with Lemon Butter Sauce
Baked Cheesy Garlic Prawn
Pak Choy with Garlic & Oyster Sauce
Kuih Seri Muka & Strawberry Strudels
Tutti Fruity Pudding
Sate Daging.. Sk tak makan.
Sate Ayam ni Sk makan Madi punya secucuk.
Mee Kari, Zura punya.
Sk makan Fettucine Carbonara, udang, seabass dan sandwic dulu. Sedap semuanya cuma udang terlebih masak.
Sebelum tu Sk cicah soft roll dalam mushroom soup. Strudels dan Mango Cheesecake tu Faiz punya.
Ambil Hawaiian Salad, Caesar Salad, Crab Rangoon dan Tauhu Berlauk. Hawaiian Salad tu sedap sebab ada buah nenas dan anggur, crab rangoon pun sedap cuma kulit wantan tu dah tak garing. Tauhu berlauk pun sedap, dahlah comel.
Ingat nak makan nasi kemudian tapi dah kekenyangan, memang tak muat dah nak masuk nasi berlauk, jadi kita ambil desserts, Mango Cheesecake, Strawberry Strudel dan Tutti Fuity Pudding. Kerana nak makan desserts, Sk tambah kopi lagi secawan, heheheh.
Dah habis makan, nak balik pejabat Sk, Sk singgah stall Mee Kari, tanya, boleh tapau tak? Hahahahaa. Dalam kereta pulak ada tupperware, jadi Sk minta asingkan kuahnya jer la. Kot petang ni lapar boleh makan, kalau masih kenyang, kita bawa balik rumah, hehehehe.
sangat berbaloi untuk harga satu pax .. nampak pun menu sedap2 semuanya, Masyaa Allah
ReplyDeleteTeringat masa dulu, dapat roommate student kulinari, seminggu sekali dapat makan sedap dia bawak balik.. Hehe
ReplyDeleteTeringat masa belajar hotel & katering kat Poli JB dulu kami selalu jugak buat jualan camni. Pensyarah & pelajar yang jadi cust.
ReplyDeleteTak dapat harga macam ni kat luar kan...sanagt- sangat berbaloi...
ReplyDeleteTerlebih baloi sudah ni SK.
ReplyDeleteCantiknya dessert. Kalau Kak Amie mesti renung lama-lama menghayati kecantikkannya dulu barulah ngap...hihihiii.
Ini Krn yg buat pelajar penyediaan makanan, jadi bisa murah sangat biayanya ya kak?😍😍😍😍😍. Rm15 dpt lengkap dari appetizer sampai dessert, bukan berbalik lagi namanya, memang rezekiii sangat 😍😍😍😍
ReplyDeleteSedapnya tengok. Berbaloi sangat harganya. Amirul ada cerita, ada kawan course perhotelan, asyik suruh dia jadi tester. Untungla, dapat makan sedap. 😋
ReplyDelete