ASAM PEDAS TELUR MAYONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum WBT 


AWAL puasa hari tu, Sk ada cerita pasal kami ke Pasar Borong Pontian, saja jalan-jalan cari tengok ikan, ala-ala window shopping la gitu, bukan membeli banyak pun. Tahulah PI tu makan ikan memilih, yang mengikut si Iman la. Dia tak tahu ke semua ikan tu sedap, lagi-lagi kalau masak asam pedas, ishhhh, kecurrrr.



Dari pasar borong, kami ke tepi sungai pulak. Tengok Kak Dolla tengah susun-susun ikan, Sk terus tanya, ada telur mayong, tak? Adaaaa..., jawab Kak Dolla sambil mulutnya muncung tunjuk ke dalam. Ada tiga pinggan telur mayong, yang paling murah, RM45. Ada yang RM60, pitammm. Nak buat content makan punya pasal, Sk beli sepinggan yang RM45.


Belinya masa bulan puasa tapi dah lepas raya, baru dimasak telurnya. Masak asam pedas la baru power, hehehe. Telur tu, Sk kukus dulu sambil masak nasi, bila tengok dah separuh masak, terus keluarkan dari pengukus, barulah mula menumis kuah asam pedas.



Ramai yang kata tak reti masak asam pedas, kan. Bagi Sk, kalau pandai masak sambal tumis mesti boleh masak asam pedas sebab langkah pertama tu sama aje, tumis bawang dan cili yang dikisar, tapi nak masak asam pedas, kita tambahkan lengkuas, serai dan halia yang diketuk sahaja,  tak perlu kisar. Kemudian, tambahkan air sikit-sikit hingga mencapai kecairan yang sesuai, barulah masukkan garam dan air asam jawa. Kemudian masukkan telur ikan dan daun kesom, masak hingga mendidih, kacau sikit-sikit, aaa shiapppp!


Hurmmm.. lupa pulak ambil gambar asam pedas telur mayong dalam pinggan, tak sabar nak makan punya pasal, hahahaha.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. geramnya tengok telur mayong fresh tu

    ReplyDelete
  2. cantik kejadian telur ikan tu...teringat citer 'batu belah batu bertangkup'...hehe...betul, semua ikan adalah sedap..esp bila dibakar cicah air asam...perghhh...

    ReplyDelete
  3. Suka yang tiga suku masak
    meletops2 dalam mulut

    ReplyDelete
  4. Sekali asam pedas telur mayong yg keluar, terpelanting asam pedas ayam kita SK ahahaha 😂
    Susah benar nak jumpa telur mayong skrg dekat market SG ni :(

    ReplyDelete
  5. Lama tak makan telur ikan mayong..

    ReplyDelete
  6. Selalu dengar tapi tak pernah makan.

    ReplyDelete
  7. Balik raya hari tu berangan hendak beli telur mayong di Pantai Remis, nak masak asam pedas tapi tak kesampaian dek kesibukan!
    Tumpang jamu mata di sinilah ye SK.

    ReplyDelete
  8. Saya tak pernah makan telur mayong ni, SK. Boleh tahan harganya, ye. Tapi kita suka asam pedas.

    ReplyDelete
  9. ini lh yang kita idam- idamkan SK...sedapnya...suka buat half cook..meletup2 dalam mulut

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!