MASAK & MAKAN DI PAGI RAYA PERTAMA

Seri Kandi Tanah Jauhar
1 minute read
6

 Assalamualaikum WBT 



ALHAMDULILLAH,  tahun ini Sk sekeluarga menyambut 1 Syawal 1446H di Tanah Jauhar. Tema warna baju raya pertama kami, maroon! Tahun ini juga, Sk jadi host makan-makan raya pertama untuk adik-beradik. Sementara tunggu mereka sampai, kita foto-foto sikit la depan rumah. Banyakkk giler  gambar, kita tepek sekeping dua aje la dulu ya.


Baju PI warna burgundy tu. Dah belikan maroon tapi tak muat, hahaha, lepas tu cari warna maroon yang saiz besar sikit dah tak ada stok. Baju Iman beli online dari butik Poplook dan baju Sk dari Songket Dunia, tu pun recycle baju masa bertugas konvokesyen.  Bila Iman cadangkan nak warna tema maroon, Sk terus buat keputusan pakai jer baju songket ni.

Cerita pasal makan pulak



Last minute beli set tray ni, Iman suruh. Dia kata, nanti macam-macam bentuk mangkuk, periuk bonda guna, hahaha. Sk nak beli tapi risau parcel kena sidai, tapi tak sangka pulak, hari yang beli tu, esok dah ada dekat Johor dan keluar untuk penghantaran. 


Rendang


Sambal Cengeng (Sambal Kacang)


Ketupat segera (Angah), lemang PI beli.


Sepatutnya lodeh ni Angah masak tapi dia minta Sk masak, bahan dah beli tinggal masak. Cikwa tukang potong sayur-sayuran, tiga malam Cikwa tidur rumah Sk.


Rendang Ayam Tua by Angah.


Ketupat palas Sk dan PI beli seorang sekilo dari lain-lain penjual. PI beli RM32 sekilo, Sk RM38 sekilo, perghhh.


Kita makan guna pinggan pemberian ibu masa Sk baru kahwin, semoga pahala untuk ibu dan abah terus mengalir. Duit beli pinggan tentunya duit arwah abah, kan.


Luar biasa sedap makan pagi raya selepas sebulan berpuasa. Syukur, Alhamdulillah. 




Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dari penampilan semuanya memang kliatan sedap menu2 di atas kak 🤤🤤😍😍😍.

    Isssh kompak nya warna outfit yaaa 😄. Untunglah burgundy mirip2 sikit Ama maroon 😄

    ReplyDelete
  2. Ayu & ganteng 3 beradik..eh 3 beranak🤭
    Bapak mahal ketupat palas frozen tu SK..
    Kalau tau sebegitu mahal..nak ja saya berniaga ketupat palas pasni🤭
    Raya kali ni mak buat ketupat 6kg pulut 18 kg ketupat frozen

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya buat SK sekeluarga ✨
    Outfit PI la paling win hikhik 😁
    Sedap² belaka menu raya depa... Kami makan nasi goreng je pagi Raya ahak!

    ReplyDelete
  4. Ya allah sedapnya semua hidangan...tema maroon pun sesuai sangat...

    ReplyDelete
  5. Meriahnya rayaaaaa dan foodnya! SHRMZDB utk SK sekeluarga!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!