BUBUR NASI NO 1, SOTO PERDANA MADU 4 & SETERIKA BAHARU

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT 


MINGGU ni malas betul nak masak di rumah tapi rajin pulak masak di kedai, hehehe.



Cerita sikit - sebelum pergi makan malam tadi, singgah beli seterika baharu di Aeon Bukit Indah. Kebetulan PI dapat baucar tunai aeon bernilai RM100. Seterika yang dipakai sekarang macam dah tak licin menggosok baju. Beli seterika sama model dengan seterika Iman yang baru beli jugak masa naik semester baharu, baru-baru ni. 


Penjimatan berganda- ganda.

Harga asal - RM309
Baucar Tunai - RM100
Bayar - RM109 sahaja.


Ada orang tertinggal otak di rumah, letak kereta di bawah laluan berbumbung. Dahlah hujan lebat malam tadi.


Makan Bubur Nasi No 1 cawangan Larkin. Macam biasa minta extra kangkung belacan. Pesan Char Kueyteow Kerang jugak sepinggan kongsi berdua.


Pagi ni sarapan di Soto Perdana Madu 4. Sorang kena beratur buat pesanan, sorang kena duduk chop meja.


Dekat sini makan kongsi meja dengan pelanggan lain. Agak tak selesa tapi kalau nak makan soto mengikut KPI PI, di sini la tempatnya.


Pesan Soto Special sorang semangkuk dan semangkuk leher ayam. Nasib dah kahwin kalau tak teleng kepala masa bersanding.


Soto Nasi untuk TTK dan Mihun Soto untuk suami TTK.


Mangkuk hijau sudu hijau.


Mangkuk pink sudu pun pink, hihihi.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Rindunya bubur nasi sentosa JB. Dulu duk belajar sana selalu pi makan.

    ReplyDelete
  2. Dari kecik mmg tak berani la makan leher ayam tu. Punyalah takut kepala teliang 🤣🤣🤣
    Jimat betul beli seterika tu 🤲🏻

    ReplyDelete
  3. Soto tu sedapnya. Masa Raya dapat makan di sekali je lupa rumah siapa.

    ReplyDelete
  4. Macam sedap je soto tu. Saya suka makan soto..

    ReplyDelete
  5. Untung sangat tu guna voucher. Tambah sikit je lagi. Benci betul jenis manusia yang tak faham peraturan ni park kereta merata.

    Tak selesa kalau kena kongsi meja dengan orang. Tapi kalau dah kena dengan KPI, tak leh kata apa lah. hihi...Mesti sedap sangat ni. Soto, kegemaran Johorian.

    ReplyDelete
  6. Jimat betul beli seterika tu...soto nampak sedap tapi SA x makan soto..hehehe...mee soto takpe..

    ReplyDelete
  7. Lupakan sekejap otak orang tu yang tertinggal sebab nak menikmati sedapnyaaaaaaa bubur nasi berlauk tu...soto pun..dah la hujan kat sini

    ReplyDelete
  8. Soto nya menariiik , 😍. Pakai sambal kecap yaa kak? Kalo di sini soto pakai sambal merah atau sambal hijau. Issh moga2 THN depan saya jadilah ke Johor. Memang nak puas2 kuliner

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!