KETAM MASAK SAMBAL

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 


HARI ini cuti tapi kerja di rumah tak pernah habis. Lepas sarapan, Sk kemas laci kabinet sikit, simpan sudu garfu yang guna masa Hari Raya Pertama hari tu. Diam tak diam, kita dah berada di penghujung Syawal tapi dengarnya ada yang terlajak raya, hahahaha.



Beli ketam lima ekor dekat Pendas, Gelang Patah, kelmarin (sabtu). Harga sekilo RM25, lima ekor ni RM23. Kena tangkap sendiri ketam yang masih hidup dalam sampan.  Masa beli, ketamnya memang masih hidup lagi, tapi sebab jauh dari rumah, kami letak ais dalam plastik, sampai rumah ketamnya pun dah Innalillahhhh.


Suruh PI siang siap-siap dan frozen, sebab sabtu kan pergi pengantin kat Kulai. Semalam la baru masak ketamnya. Dah beberapa kali beli ketam asyik masak lemak cili api, kali ni kita layankan permintaan PI minta masak sambal. Sk masak macam sambal tumis tapi tambah cuka dan daun limau purut.


Ketamnya comel-comel jer tapi isi penuh. Setiap celah ada isi malah dekat kaki-kaki dia yang halus tu pun ada isi. Sebelum pukul 1 dah siap masak tapi pukul 2 baru makan. Tu kira awal la makan sebab PI nak kena pergi Stadium Sultan Ibrahim bertugas. Sk sejak dah ada kereta kedua, dah tak pernah lagi ikut PI pergi stadium. Malas dah nak bersesak-sesak dan memanjat tangga. Takpelah, dah remaja purba ni kita duduk rumah aje. Lagi syiokkkk boleh baring-baring, hehehe.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ketam pulak ha....eh..lama gak kiter x makan ketam..mesti sedap buat sambal macam ni kering2 kan...OK Next!!!!

    ReplyDelete
  2. Segar ketamnya, masa beli masih hidup. Saya dah bertahun tak makan ketam. Nampak sedap yang SK masak ni.

    ReplyDelete
  3. wah menu ketam lagi....lama rasa tk mkn ketam..kt umh mmg jarang sgt ada menu ketam

    ReplyDelete
  4. Sedapnya ketam.. Lama tak makan. Tapi tu la, nak makan ada leceh sikit.

    ReplyDelete
  5. Adudu sedapnya SK!
    Lama tak makan ketam masak sambal ni...
    Eh tahniah ye utk JDT 🏆

    ReplyDelete
  6. Sedapnya ketam sambal ni bikin terliur sangat

    ReplyDelete
  7. Sedaaap kepiting dibuat sambal.. walau saya tak pandai sangat makan kepiting ini. Susah pecahkan cangkang hahahah

    ReplyDelete
  8. Sedap ratah ketam ada isi walaupun kecil saiznya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!