Assalamualaikum WBT
DAH 9 Syawal 1446H.
Di kesempatan ini, semoga belum terlambat lagi untuk Sk menyusun sepuluh jari, memohon keampunan dari seluruh pembaca blog Alam Sari di Tanah Jauhar, sekiranya ada kata-kata yang menyinggung perasaan. Sesungguhnya Sk hanyalah manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesalahan. Semoga aidilfitri kali ini membawa keinsafan dan tidak lagi kita mengulang kesilapan lalu.
Gambar suami isteri berdua di pagi Aidilfitri.
Rumah baru cat ya, dah 20 tahun duduk rumah ni, pertama kali kami cat, sebelum ni pasang wallpaper. Lepas dah cat, adoi, biru dia macam bas kilang, hahaha.
Mula Iman kata nak warna tema raya pertama, warna kuning air, tiber tukar nak maroon pulak. Kita ikutlah pilihan dia, kebetulan baju dah ada dan baru pakai sekali. Nak beli baju baru rasa macam membazir sebab tak murah.
Raya empat beradik dulu, seorang tersangkut kat Melaka.
Cubaan meniru cara gambar raya di Tik Tok.
Indah bergaya ala Ulik Mayang
Angah suruh tunjuk jam masing-masing.
Rumah pertama kami beraya ke rumah Mak Enon, adik ibu. Rasanya adik-beradik ibu tinggal Mak Enon dan sorang lagi makcik di Kota Tinggi. Makcik yang kat Kota tu tak rapat sangat sebab dulu orang lain jaga. PI tengah makan ketupat dengan Kari Ayam.
Lepas tu dia berlagak dengan Iman sebab dapat makan sayap ayam.
Nak suap, tak tahulah suap betul ke tak. Bukan boleh percaya dia ni.
Mak Enon bertudung hitam.
Lepas tu pergi rumah Makcik Leha, isteri arwah Pakcik Din, adik arwah abah. Rumah ni kategori wajib beraya setiap tahun.
Makan nasi beriani, daging beriani dan ayam masak merah serta pajeri nenas. Selain tu, ada juga Laksa Johor.
Makcik Leha, nunnnn jauh kat pintu tu, sebelahnya sepupu kami, Mahathir. Ada sesape nampak PI? Sk tak faham kenapa PI suka menyorok bila ambil gambar, hahahaha.
Wefie sebelum naik kereta. Masa ni dah hujan.
Dari rumah Makcik Leha, kami ke rumah arwah Mak Lang. Mak Lang memang dah tak ada, tapi sepupu-sepupu kami ada. Dekat sini hujan lebat juga.
Sepupus, siap masakkan lauk Ayam Masak Merah yang baru.
Sambal Goreng, sedap betul!
Rendang Ayam, ada Kari Ayam jugak tapi tak sempat nak ambil gambar mangkuknya.
Wajah-wajah ceria berhari raya.
Team Raya Johor.
Menua bersama. Memasing kalau tak botak, dah beruban, hahahahahaha. Memang tak banyak rumah pergi sebab ramai dah tak ada, kan. Ini pun, petang baru balik. Nak balik kampung pun dah tak ada sesiapa dah.
Al-Fatihah buat yang telah pergi. Semoga roh mereka dicucuri rahmat, Aminnn Ya Robbal Alaminnn.
selamat hari raya kak...maaf zahir batin salah silap terkasar bahasa..
ReplyDeletemeriahnya dapat ziarah raya pertama,saya tahun ni ulang alik masuk dapur je tak sempat nak keluar beraya..tahun depan nak kena tutup pintu awal la gayanya
Selamat Hari Raya kak...tahun ni tema baju banyak warna merah...
ReplyDeletesinggah beraya kat blog ni, datang nk ucap selamat hari raya..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya sekali lagi buat SK sekeluarga 😁
ReplyDeleteSeronok ye berjalan raya dgn adik beradik... Meriah lain macam hehe
ketupat daun tu sedap..dah lama linda tak makan...skang guna ketupat segera je
ReplyDeleteselamat hari raya utk SK sefamily..mak2 gitu la kan...pakai mana ada je...janji ikut pilihan anak hehe
ReplyDeleteSelamat hari raya SK.
ReplyDeleteSeronok beraya bersama keluarga sambil ziarah-menziarahi
ReplyDeleteSeronok meriah kan beraya dengan keluarga dan saudara.
Taqobbalallahu minna waminkum.
Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.
Ramai tema maroon tahun ni kan
ReplyDeleteCantik betul warna maroon kan...SA punya baju raya pun sepasang je..beli pun x murah ye...mahey..x tau la bila nak pakai lagi sebab rasa besar plak...SA dah susut sebab x sihat kan...
ReplyDeleteHalah halah... meriah dan warna-warni di hari raya, warna trending ye family SK, marroon ada green sage ada... selamat hari raya, maaf 0-0 ye kak
ReplyDeleteNampak meriah raya SK, di raya pertama. Ok tu, dapat jumpa sanak saudara. Makanan pun nampak sedap. Cantik baju raya. :)
ReplyDeleteKak SK minal Aidin walfaizin. Saya juga minta maaf jika ada salah kata yg menyinggung dalam komentar blog ini 🤗.
ReplyDeleteCantiknya warna maroon. 👍👍. Iman pun cantiik sangat di sini, senyumnya dia memang manis ☺️
Berseri-seri merpati dua sejoli di padi Syawal.
ReplyDeleteMeriah sambutan rayanya.
Selamat hari raya SK. Maaf zahir dan bantin.
Selamat hari raya. Meriahnya. Kami pergi beraya satu rumah je pun dah penat.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kak Seri sekeluarga! Meriah Maroon! Semoga Syawal Kalini membawa Berkah!
ReplyDeleteMeriahnyer sambut raya.
ReplyDeleteWah serba maroon. Naik seri pakai baju warna ni. Pak Inche' dan Mak Inche' dah macam pengantin baru. Ya konsep raya kita pakai apa yang ada je. Malas nak membazir.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya!