KUZI KAMBING & NASI MINYAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum WBT 



MASA balik beraya baru-baru ni, Cikwa bawakan Kuzi Kambing seorang sebekas. Tempah dengan kawan, kata Cikwa. Mula ingat nak makan masa raya tapi tak sempat. Sk masuk dalam freezer dan berangan nanti nak masak nasi minyak untuk dimakan dengan Kuzi Kambing. Dari minggu ke minggu nak masak, tak jadi-jadi jugak sebab tiap minggu pergi kenduri kan. Hah.. ni semalam cuti peristiwa, kan.. jomlah kita masak nasi minyaknya.



Selalu panaskan lauk sambil masak nasi, tapi ni tak bolehlah, tak muat. Kambing tu kena defrost dulu baru masukkan dalam kuali. Masukkan air sikit, dalam suku cawan, jangan kacau, biar air tu mendidih dulu dan mengewap, kemudian barulah digaul lauknya sehingga betul-betul mendidih. Rumah ni memang tak ada microwave untuk panaskan lauk frozen, hehehe.


Nasi minyak dalam periuk lagi. Ni guna beras basmathi taj mahal goodies dari Majlis Perkahwinan anak Kak Shila kat Putrajaya bulan Februari lepas. Lepas tu Sk masukkan kismis dan badam dari goodies raya, heheheh.



Buat acar jelatah tanpa nenas. Malas nak keluar pergi kedai beli nenas tapi sedap jugaklah walaupun tak ada nenas, hehehe.


Nasi dah hampir kering, baru teringat lupa nak kukus telur sekali atasnya. Cepat-cepat letak, dan biarkan dalam 15 minit dalam pengukus tu. 


Terima kasih Cikwa belanja Kuzi Kambing. Bersesuaian sangat digandingkan dengan nasi minyak dengan rasanya yang berempah tu. 


Kuzi Kambing, Acar Jelatah dan Telur Rebus.


Nasi minyak kena guna beras basmathi baru sedap dan rasa macam dekat rumah kenduri.


Awal jugak makan semalam, padahal selalu kalau cuti tu, pukul 3, pukul 4 baru makan tengahari. Tapi semalam, lepas Zuhur jer dah makan, hihi. Ialah, tinggal masak nasi aje dan panaskan lauk, mestilah cepat siap, heheh. Malam, Sk buat sandwich letak daging slice aje tapi malas nak ambil gambar. Bayangkan aje la ya.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedap tu kuzi kambing..kt klate kalo menu kuzi cicah ngan roti bulat

    ReplyDelete
  2. Adik no2 yang kawin dengan orang Kelantan pernah buat kuzi Kambing, memang sedap.

    ReplyDelete
  3. suka kuzi kambing tapi jarang dapat makan...nak belajar buat macam renyah

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kuzi kambing. Cie buat acar tak letak nenas sebab tak makan.

    ReplyDelete
  5. Tengok kuzi kambing terus lapor, baca entri ni pukul 9 malam. Aduh... :D

    ReplyDelete
  6. Semua nampak sedap dan serasi digandingkan bersama tu... elok pula bahan pun semua ada ye...

    ReplyDelete
  7. sedapnya..lengkap set nasi minyak...

    ReplyDelete
  8. Belum pernah coba kuzi kambing. Tp kalo lihat bentuknya , saya pasti suka. Kalo dah kambing, dah pasti sedap lah

    ReplyDelete
  9. Allah... SK buat saya terliur memalam singgah sini!
    Mana nak cari kuzi kambing nasi minyak di LD?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!