NASI GORENG & MEE GORENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


BARU lepas siang udang, buang tangkai cili api dan belah petai yang beli kat Pasar Tani Taman Sri Pulai, pagi tadi. Tahulah PI tu, asal hari ahad nak pergi pasar tani. Hari ni katanya, teringin nak makan sambal udang bubuh petai banyak-banyak.


Balik dari pasar tani tadi, singgah Thoufeeq Bistro untuk sarapan. PI macam selalulah, makan tosei cecah kuah kari kambing.  Sk teringat, hari tu Iman makan Mee Goreng Daging sedap sangat, tapi Sk minta mee goreng mamak biasa. Rasa dia dah la tak sama macam mee goreng Iman, tapi rasa mamak tu tak ada jugak. Macam rasa mee goreng kantin aje, kuciwa kita dibuatnya.


Ni malam tadi punya kisah, masak Nasi Goreng Ayam untuk makan malam. Pagi kan sarapan Soto Perdana Madu 4. Petang tu makan kenduri di Pekan Nanas (nanti cerita). Jadi, malam tu dah malas nak keluar. Sk masak nasi baharu dan masak nasi goreng.  Isi ayam tu dari bahagian dada ayam yang Sk asingkan siap-siap.

Tengah taip-taip ni, sakit perut la pulak. Nanti kita sambung cerita okeyyyy.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nasi Goreng memang sedap. LeYa pun kadang tak tahu nak masak apa, LeYa goreng nasi jugak

    ReplyDelete
  2. Mesti letops kejadian sambal petai tu ye SK...
    Nasi goreng ni makan la bila pun, sedap sokmo kan

    ReplyDelete
  3. Okaylah tu hari Ahad gi pasar tani dapat beli barang-barang fresh. Susah juga nak maintain rasa makanan tu sama kan. Memang kuciwalah tak dapat yang ikut selera kita. Nasi goreng penyelamat. Janji konyang gitu.

    ReplyDelete
  4. Aduh.. Ada sambungan pulak.. Tak. Habis cerita.. Hehe

    ReplyDelete
  5. Cari- cari gambar sambal udang petai..x nampak plak...rupanya bersambungggg...

    ReplyDelete
  6. Padahal nampak sedap mi goreng mamak tuh kak. Saya termasuk sukaaa mi goreng mamak. Tp memang terkadang dpt yg asin sangat, atau hambar 😅. Dapat yg sedap, barulah jadikan langganan langsung ☺️

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!